Menjual juga boleh disertai dengan permintaan kepada Allah SWT melalui doa murah rezeki berniaga supaya ramai pembeli datang ketika menjual. Ia boleh diamalkan untuk kemudahan rezeki para peniaga.
Baca juga: Ada Wanita Ambil Ubat Tahan Haid Untuk Puasa Sebulan, Ini Hukumnya Dalam Islam!
DOA MURAH REZEKI BERNIAGA

Gambar: Bearfotos
Melalui firmanNya, Allah SWT dalam surah Ghaafir ayat 60 bahkan memerintahkan hamba-Nya untuk memanjatkan doa. Allah SWT berfirman,

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Beberapa bacaan doa supaya banyak pembeli datang atau kemudahan menerima rezeki telah dijelaskan dalam Al -Qur’an atau Hadis Nabi. Antaranya seperti berikut:
Baca juga: Sengaja Batal Puasa Dengan Makan Semata-Mata Nak Berjimak, Kena Bayar Kaffarah Ke?
5 DOA AGAR RAMAI PEMBELI DATANG SAAT MENJUAL
Doa pertama
Setiap pagi Nabi Muhammad SAW selalu membaca doa seperti yang dikatakan kepada Abu Hurairah RA dalam hadis. Berikut bacaan doa yang dipanjatkannya:
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ
“Ya Allah, denganMu kami memasuki waktu pagi, dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup, dan denganMu kami mati, dan kepadaMu kami kembali.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 5068)
Doa kedua
اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berada pada waktu pagi, aku persaksikan kepada-Mu dan aku persaksikan kepada malaikat pemikul ‘Arash-Mu, para malaikat-Mu dan semua makhluk-Mu bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, dan Muhammad adalah hamba-Mu dan rasul-Mu” (HR Abu Dawud)
Doa ketiga
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” (Riwayat Ibn Majah (925)
Baca juga: Agar Tak Timbul Rasa Waswas, UAI Jelaskan Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara ‘Online’!
Doa keempat
Salah satu doa agar banyak pembeli termaktub dalam Al-Qur’an ialah Surah Al-Maaidah ayat 114. Allah SWT berfirman,

“Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.”
Doa kelima
Lancarnya usaha juga boleh datang dari rezeki yang tak terduga, atas kehendak Allah SWT. Perihal ini termaktub dalam Al-Qur’an iaitu Surah At-Talaaq ayat 3,

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Menurut buku Amalan-amalan Pembuka Pintu Rezeki karya Nasrudin, Husnul Akib dan Qultum Media, kemudahan mendapatkan rezeki melalui jualan tidak hanya boleh dilakukan dengan membaca doa.
Sebagai orang Islam, selain berdoa anda juga boleh melakukan amalan pengiring pembukaan pintu rezeki seperti solat sunat, berselawat atau berzikir.
Baca juga: Bapa Kongsi 12 Tips Berbuka Puasa Di Masjid, Penting Untuk Individu Yang ‘1st Time’ Nak Merasa!
Sumber: Detik.com
