Euforia Bola 2026
Nur

Nak ‘Melaram’ Pagi Raya Pun Kena Beragak, JANGAN Buat 5 Cantik Yang Diharamkan Ini!

CANTIK YANG DIHARAMKAN

Seluruh umat Islam pasti menantikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Namun, dalam membuat persiapan khususnya kaum wanita, mereka perlu mengetahui tentang cantik yang diharamkan agar tidak melanggar batas syariat.

Walaupun kecantikan itu adalah fitrah tetapi ia mesti selari dengan ajaran agama. Jadi, pastikan anda elak melakukan 5 perkara ini agar tidak mengundang dosa.

Baca juga: Misi Mencari Malam Lailatul Qadar, Ini Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadan 2025! Semoga Ada Rezeki

CANTIK YANG DIHARAMKAN DI HARI RAYA, JANGAN BERLEBIHAN

CANTIK YANG DIHARAMKAN

Freepik

Berikut adalah beberapa perbuatan berhias yang dilarang:

1. Cukur bulu kening

Islam melarang mencabut atau mencukur kening kerana ia mengubah ciptaan asal yang telah Allah berikan.

Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah SWT melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.” Riwayat Muslim (2125)

2. Tanam bulu mata palsu

Cantik yang diharamkan selanjutnya adalah perbuatan menanam atau menyambung bulu mata dianggap mengubah kejadian Allah serta boleh menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit.

3. Mengikir gigi untuk ratakan gigi

Perbuatan mengubah bentuk asal gigi termasuk dalam perkara dilarang kerana mengubah ciptaan Allah.

4. Menyambung rambut palsu

Berdasarkan sebuah kisah seperti yang diriwayatkan Asma r.a.

“Nabi Muhammad SAW mengutuk Washilah dan Mustaushilah.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis tersebut menerangkan mengenai wanita yang meminta supaya rambutnya disambung dikenali dengan istilah Mustaushilah, dan wanita yang menyambung rambut disebut Washilah. Perbuatan tersebut adalah haram ke atas wanita sekalipun rambutnya memang gugur.

5. Cantik yang diharamkan – jarakkan gigi

Jika dilakukan hanya untuk kecantikan tanpa sebab perubatan, ia dilarang kerana mengubah bentuk asal ciptaan Allah.

Berhias dibenarkan tetapi mestilah mengikut syariat agar kecantikan itu mendapat keberkatan bukan kemurkaan Allah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sah Ke Bayar Zakat Fitrah Tak Sama Dengan Beras Yang Dimakan? Ustaz Ada Jawapannya…

Sumber: TikTok Zarul Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×