Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac 2025 di 29 lokasi seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan berkata tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Baca juga: 2 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Untuk Balik Raya, Rancang Perjalanan Dengan Bijak!
TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2025

Foto hiasan NSTP
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang hari Ahad, 30 Mac 2025 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah,” menurut kenyataan itu.
Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!
29 lokasi cerapan anak bulan di seluruh negara
- Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian di Johor.
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka.
- Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang.
- Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak dan Menara Alor Setar di Kedah.
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Bukit Geliga, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Menara Bangunan SEDC dan Bukit Peraksi, Pasir Puteh di Kelantan.
- Pusat Falak Miri, Bintulu, Teluk Bandung di Sarawak.
- Menara 188 Kuantan, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong dan Gunung Berincang di Pahang.
- Balai Cerap Al-Biruni dan Menara Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah.
- Menara Kuala Lumpur.
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
- Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis.
Baca juga: Sedekad Tak Balik Beraya & Berpuasa, Wanita Ini Kongsi Kisah Hidupnya Di New Zealand
Sumber: Berita Harian
FT Image: NSTP
