Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah telah mengumumkan berita kehamilannya yang bakal memiliki zuriat keempat menerusi satu hantaran video di dalam TikToknya, pada Rabu.
Baca juga: 2 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Untuk Balik Raya, Rancang Perjalanan Dengan Bijak!
AISYAH HIJANAH UMUM ZURIAT KEEMPAT

Dapat dilihat Aisyah atau nama lengkapnya Aisyah Hijanah Azhari, 27, memuat naik reaksinya sambil memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan berita gembira tersebut.
“Doakan agar Allah pelihara keluarga kecil kami,” ujar Aisyah di ruangan kapsyen video tersebut.
Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!
Warga maya terkejut sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkejut memandangkan Aisyah baru sahaja melahirkan anak ketiga pada tahun lepas.
“Rasa hari itu dia baru sahaja bersalin kan? Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak boleh nak tolak. Tahniah!
“Yang ketiga pun aku tak tahu bila keluar wehhh, tiba-tiba dah masuk 4,” antara komen ditinggalkan beberapa orang warga maya.
Baca juga: Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!
Tahniah Aisyah dan Alif!

Walau bagaimanapun, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang dikurniakan rezeki cahaya mata yang keempat.
“Tahniah puan. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.
“Tahniah Aishah dan Alif!” komen warga maya.
Sekadar info, Aisyah dan Alif Teega atau Nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
@aisyahhijanah Doakan agar Allah pelihara keluarga kecil kami ❤️
Baca juga: Bapa Terima Ujian Besar Anak Bongsu Pula ‘Pergi’, Isteri & Anak Sulung Nahas Sebulan Lalu!
Sumber: TikTok @aisyahhijanah
Ft Image: TikTok @aisyahhijanah / Harian Metro
