Media tempatan melaporkan sebanyak 533 kes HFMD yang berlaku di seluruh negeri sejak Januari hingga Sabtu lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 198 kes, diikuti Kuala Nerus 66 kes.
Baca juga: Misi Mencari Malam Lailatul Qadar, Ini Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadan 2025! Semoga Ada Rezeki
KES HFMD DI TERENGGANU MENINGKAT, 1O KLUSTER DILAPORKAN

HealthXchange
Setiu mencatatkan 57 kes, Dungun (55), Marang (47), Hulu Terengganu (45) dan Kemaman (38) serta Besut (27).
“Kluster HFMD dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan ianya mempunyai kaitan epidemiologi serta berlakunya penyakit berkenaan dalam tempoh inkubasi.
“Sehingga kini sebanyak 10 kluster dilaporkan iaitu sembilan kes berlaku di taska manakala satu lagi di tabika,” jelasnya.
Wan Sukairi menjelaskan perkara ini selepas tular di media sosial kerisauan ibu bapa mengenai kesihatan anak mereka berikutan terdapat jangkitan HFMD di negeri ini.
Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD seperti tidak membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan di tempat awam.
Antaranya elak daripada membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan ke tempat awam dan mengamalkan langkah kebersihan di premis seperti taska dan tabika.
“Orang ramai juga diminta mengamalkan langkah kebersihan seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin atau selepas merawat pesakit,” katanya.
Selain itu, pengusaha dan pengasuh taska atau tadika turut perlu memastikan kebersihan premis dijaga terutamanya membuat saringan di pintu masuk untuk memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD ini.
Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan
Sumber: BH Online
