Setiap kali Syawal menjelang, ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga. Namun, dengan perubahan zaman, ada yang terpaksa menyambut Aidilfitri di bandar.
Dalam video raya Tropicana 2025, kita disajikan dengan kisah Aizat, seorang anak muda yang lebih selesa beraya di Kuala Lumpur. Namun, bagi ibu bapanya, kampung tetap istimewa, lebih-lebih lagi buat nenek yang ingin mengekalkan tradisi turun-temurun.
Satu kejadian berlaku yang mengubah segalanya… Apa yang terjadi? Saksikan video penuh di bawah..
Rumah boleh berubah, tapi tradisi tetap sama

Ibu dan ayah Aizat menyedari bahawa rumah kampung nenek sudah uzur dan tidak lagi sesuai untuk didiami. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk membawa nenek ke Kuala Lumpur.
Walaupun pada awalnya berat hati, nenek mula tersenyum apabila melihat rumah baru mereka yang luas dan selesa di bawah Tropicana Corporation Berhad.

Syawal tetap diraikan dengan penuh makna, bersama ketupat, rendang dan keluarga tersayang, cuma lokasinya sahaja yang berbeza. Tak kisahlah di mana pun kita beraya, asalkan bersama yang tersayang, semuanya tetap sama!
Menangi hadiah menarik dari Tropicana!
Tahun ini Tropicana ada sesuatu untuk memeriahkan Raya anda. Untuk memenangi hadiah misteri dari Tropicana, anda hanya perlu:
1. Like post ini : https://www.facebook.com/watch/?v=1363769684632374
2. Kongsikan “Apakah tradisi perayaan Hari Raya kegemaran anda?” di ruangan komen
3. Hashtag #KekalkanTradisiBersamaTropicana
Komen yang menyentuh hati dan kelakar akan dipilih sebagai pemenang.
Penyertaan sah sehingga 30 April 2025 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Untuk info lanjut, boleh layari: https://campaign.tropicanacorp.com.my/AoTRaya2025/
*Tertakluk kepada terma & syarat
