Euforia Bola 2026
Asuh

Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan

TEKANAN BELAJAR

Dalam dunia pembelajaran yang semakin mencabar, tidak semua anak mampu menangani tekanan akademik dengan baik sehingga ada yang mengalami tekanan belajar.

Tekanan belajar ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengakibatkan kesan negatif kepada diri mereka. Sebagai ibu bapa, penting untuk mengenali tanda-tanda awal anak mengalami tekanan belajar agar dapat memberikan sokongan yang sewajarnya.

Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!

TANDA ANAK MENGALAMI TEKANAN BELAJAR, IBU AYAH AMBIL TAHU

TEKANAN BELAJAR

Freepik

1. Perubahan fizikal

Tekanan akademik yang berlebihan boleh menyebabkan perubahan fizikal seperti sakit kepala, sakit perut atau sakit otot tanpa sebab perubatan yang jelas.

Jika anak anda sering mengadu sakit setiap kali mereka perlu pergi ke sekolah atau menduduki peperiksaan, ia boleh menjadi petanda bahawa mereka mengalami tekanan akademik yang berlebihan sehingga boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, emosi dan fizikal kanak-kanak.

2. Tekanan belajar – gangguan tidur

Kanak-kanak yang terlalu tertekan mengenai hal akademik biasanya akan mengalami gangguan tidur, seperti sukar tidur lena pada waktu malam.

Selain itu, mereka juga boleh mengalami perubahan dalam corak pemakanan, sama ada hilang selera makan atau makan secara berlebihan.

3. Hilang semangat untuk belajar

Tekanan akademik yang teruk boleh membuatkan anak hilang semangat untuk belajar. Mereka mungkin akan menghindari untuk melakukan tugasan sekolah, melambatkan kerja rumah atau mencari alasan untuk tidak hadir ke sekolah.

Jika seorang kanak-kanak yang sebelum ini tekun belajar tiba-tiba menunjukkan sikap pelik seperti kurang minat atau tidak bersemangat terhadap pelajaran, itu merupakan petanda bahawa mereka mengalami tekanan belajar.

4. Perubahan mood

Tanda anak anda mengalami tekanan belajar yang selanjutnya adalah perubahan emosi yang luar biasa. Si kecil mungkin menjadi cepat marah, mudah tersinggung atau sering menangis tanpa sebab yang jelas.

Jika sebelum ini dia seorang yang ceria tetapi menjadi pendiam atau mudah kecewa apabila bercakap tentang sekolah, itu boleh menjadi tanda bahawa mereka rasa terbeban dengan akademik.

5. Selalu kepenatan

Kanak-kanak yang mengalami tekanan akademik sering rasa letih dari segi fizikal dan mental. Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk bangun pada waktu pagi, sering mengantuk di dalam kelas, atau hilang semangat melakukan aktiviti lain.

Jika anak anda mula mengadu letih sepanjang masa atau kelihatan tidak bertenaga walaupun sudah cukup tidur, ia mungkin menjadi petanda bahawa mereka terlalu sukar untuk belajar tanpa masa rehat yang cukup.

Sekiranya anak ada menunjukkan tanda seperti di atas, dia mungkin mengalami tekanan belajar. Dinasihatkan agar ibu bapa tidak mengambil ringan hal ini.

Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar

Sumber: IDN Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×