Tahukah anda, label Cloud Point (CP) pada botol atau paket minyak masak yang dijual merujuk kepada tahap kekeruhannya. Sesetengah pengilang akan melakukan proses tambah baik kepada minyak masak dengan melakukan proses penapisan secara berulang bagi meningkatkan tahap kejernihan minyak tersebut.
Proses penapisan berulang ini akan mengurangkan CP minyak masak. Disebabkan itu, ada kalanya minyak masak paket kelihatan lebih gelap dan lebih cepat beku apabila berada dalam persekitaran dengan suhu yang rendah kerana ia mempunyai CP yang lebih tinggi berbanding minyak masak botol.
Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Madu, Kuah Pekat Macam Ini Buat Makan Bertambah Pinggan!
GRED MINYAK MASAK & KUALITI

Gambar Zam Sani: Minyak masak label CP6
Juga, tidak perlu dirisaukan kerana minyak masak peket bukanlah dikitar semula dan tidak semestinya berkualiti rendah dari minyak masak yang di botolkan.
Sebagaimana baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zam Sani telah mendedahkan info baru diketahuinya mengenai label CP pada minyak masak.
Baca juga: Cara Mudah Kukus Nasi Supaya Tak Hangus, Boleh Guna Cara Ini Bila Periuk Elektrik Rosak!
Gred CP6 vs CP7 vs CP8 vs CP10, mana lebih baik?
Jangan tersilap beli minyak masak!
Korang pernah tak beli minyak masak sebab murah sahaja, tak tengok label? Aku pun dulu macam itu.
Ingatkan semua minyak sama sahaja, rupa-rupanya ada beza besar. CP6 dengan CP7 itu lain weh!
Bila guna minyak masak ini aku perasan ia cepat hitam, berbuih banyak dan kemudian makanan rasa pelik sikit. Minyak pun cepat habis, cair macam air dan kena tukar selalu.
Jadi, aku pun periksa balik minyak yang aku beli. Sekali tengok dekat botol, ada tulis CP7.
Baca juga: Wanita Dedah Bawang & Kentang ‘Tak Serasi’ Simpan Bersama, Letak Asing Akan Nampak Kesannya!
Perbezaan gred minyak masak

Gambar Zam Sani: Minyak masak label CP7 & CP8.
Aku buat research sikit, aku WhatsApp klien aku owner rumah di Kempas (tokey kilang minyak masak). Dia pernah minta aku jualkan rumah dia. Nah ini perbezaannya:
- CP6 – Minyak lebih sihat, ada Vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dan makanan rasa lebih sedap.
- CP7 – Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan pun cepat serap minyak.
- CP8 – Minyak paket banyak untuk restoran dan warung kecil, tapi kalau guna terlalu lama, minyak cepat berbuih dan jadi hitam.
- CP10 – Minyak peket, gred rendah, senang berkeladak, sesuai untuk peniaga guna sekali atau eksport ke negara dunia ke-3 seperti India & China.
Lepas tahu semua ini, aku terus tukar ke gred CP6. Kali ini, aku beli Vesawit CP6 sebab ada tulis minyak sawit asli dan ada Vitamin E & Tocotrienols. Nak masak pun lebih yakin.
Sejak guna CP6, aku perasan minyak tak berbuih sangat, boleh pakai lebih lama dan makanan goreng jadi lebih rangup! Tak ada rasa pelik macam dulu.
Jangan buat silap macam aku. Jangan fikir minyak masak semua sama!
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
Sumber: Zam Sani / Hello Doktor
FT Image: Zam Sani / Freepik
