Mengetahui cara tahan lama ketika bersama isteri adalah penting kerana boleh mengeratkan kasih sayang antara pasangan. Namun, ramai lelaki menghadapi cabaran untuk bertahan lebih lama ketika bersama sehingga boleh menjejaskan kepuasan pasangan.
Jika anda ingin ketahui cara tahan lama ketika di ranjang, di bawah ini penulis kongsikan tips yang boleh dicuba oleh para suami di luar sana. Selamat mencuba!
Baca juga: Adat Perkahwinan Melayu Berbeza Dengan Sunnah Islam, Amalkan Yang Betul Baru Bahagia…
CARA TAHAN LAMA KETIKA BERSAMA, SUAMI BUAT MACAM NI

Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik Pusat Rawatan Penawar, antara cara tahan lama ketika bersama boleh dicuba adalah dengan mengikat ibu jari kaki suami.
“Bila nak bersama, ambil getah, ikat ibu jari kaki suami. Orang lelaki ni otak akan berfikir satu benda sahaja. Bila ikat getah, otak akan fikir dekat jari kaki.
“Bila otak fikir ibu jari kaki dan bukan hubungan ketika bersama, jadi, barulah tahan lebih lama sikit,” jelas seorang lelaki yang dikenali sebagai ustaz.
Ustaz tersebut turut menasihati agar suami mencuba cara tahan lama ini supaya kebahagiaan rumah tangga dapat dibina.
Meninjau ke ruangan komen, ada pengguna media sosial yang meninggalkan komen di mana dia memberitahu bahawa teknik dikongsikan oleh ustaz itu berkesan.
“Betul ustaz. Memang menjadi. Saya search petua tahan lama selain ubat ubatan dan gambir. Nampak petua ikat ibu jari guna getah. Saya ikat kiri kanan, memang ada perbezaan semasa mendayung,” komennya.
Diharapkan perkongsian cara tahan lama ketika bersama ini dapat memberi manfaat buat pasangan suami isteri di luar sana.
Baca juga: Untungnya Isteri Kalau Dapat Suami Macam Ini, Itu Tanda Dia Normal & Tak Narsistik!
Sumber: TikTok Pusat Rawatan Penawar
