Insiden power bank tiba-tiba meletup dan terbakar telah banyak terjadi sehingga menimbulkan kegusaran kepada pengguna telefon pintar. Perkara yang boleh menambahkan lagi kebimbangan itu, apabila ia berlaku di dalam pesawat yang sedang terbang di mana diri anda terperangkap dan tidak boleh berlari keluar.
Justeru itu, baru-baru ini seorang juruterbang Malaysia telah berkongsi saranan dan peringatan penting kepada penumpang kapal terbang supaya tidak lagi meletakkan power bank di dalam beg yang kemudiannya disimpan di dalam overhead bin.
Baca juga: Cegah Tragedi Tersangkut Telekung, Buat 3 ‘Step’ Keselamatan Ini Sebelum Tunggang Motosikal!
TIPS KEKANG POWER BANK MELETUP DALAM PESAWAT

Gambar: TikTok @mrturboprop
Menerusi TikTok @mrturboprop, dia memberitahu apa yang boleh dilakukan oleh penumpang adalah dengan memegang sendiri power bank atau disimpan di dalam poket semasa berada di dalam pesawat.
Powerbank boleh sahaja disimpan di dalam beg tetapi kemudiannya ia perlu diletakkan di bawah bahagian kaki.
Hal ini kerana, anak kapal kabin (cabin crew) pesawat boleh mengambil tindakan lebih pantas jika berlaku insiden yang tidak diingini, berbanding power bank yang disimpan di ruangan letak barang atas kepala.
Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’
Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!
Bagaimana pula akan risiko power bank meletup jika simpan dalam poket sendiri?
Di ruangan komen pula, warga maya memberi pandangan bahawa power bank meletup turut membahayakan individu yang memegang sendiri peranti tersebut.
“So power bank meletup dalam poket,” komen seorang pengguna TikTok.
Kemudian, juruterbang terbabit memberitahu power bank selalunya akan panas secara tiba-tiba sebelum meletup.
Dia menasihati sekiranya penumpang merasakan kepanasan itu, segeralah memberitahu kepada cabin crew untuk diambil tindakan selanjutnya.
“Faham your concern, i think the logic is powerbank usually akan overheat sebelum terbakar atau meletup. Jadi, kepanasan itu korang pasti dapat rasa dan inform to crew sebelum ia meleteup,” balas @mrturboprop.
@mrturboprop Lepas ni jgn simpan kat overhead dah tau! #powerbank #explosion #fire #pilot #cabincrew #passenger #info
♬ original sound – MrTurboProp | Aviation Pilot – MrTurboProp | Aviation Pilot
Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!
Sumber: TikTok @mrturboprop
FT Image: TikTok @mrturboprop
