Euforia Bola 2026
Nur

Terkejut Dengar Berita Kematian Sehingga Meraung Tanpa Sedar, Dalam Islam Dibenarkan Atau Tak?

adab berlaku kematian

Kehilangan pasti akan berlaku dalam kehidupan namun tidak semua orang memahami adab berlaku kematian kerana masih ada yang menangis sehingga meraung.

Hal ini kerana, tidak dapat menerima hakikat setelah kehilangan insan tersayang. Perkara ini ada dibincangkan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi ceramahnya.

Baca juga: Doa ‘Magic’ Untuk Ketenangan Hati & Dimudahkan Urusan, Amalkan Selalu Pasti Ada Beza!

ADAB BERLAKU KEMATIAN, BOLEH MENANGIS/MERAUNG KE?

ADAB BERLAKU KEMATIAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Beliau menjelaskan bahawa tidak salah untuk menangis jika berlaku kematian kerana itu merupakan fitrah manusia. Namun, perlu berpada-pada dan tidak meraung kerana perbuatan itu adalah diharamkan oleh Nabi SAW.

“Bila berlaku kematian boleh menangis dan menangis itulah yang dilakukan oleh Nabi SAW ketika puteranya, Ibrahim meninggal dunia pada usia 2 tahun. 

“Yang dilarang dan haram bukan menangis tetapi meraung. Jadi Nabi kata adab berlaku kematian yang dilarang adalah merobek-robek baju, menampar muka, menarik rambut dan meraung. Mengalir air mata merupakan fitrah manusia, jadi dibolehkan,” jelasnya dalam video berkenaan.

Jadi, menerusi laman sesawang rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, antara adab berlaku kematian yang perlu dipraktikkan adalah:

  • Mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
  • Bersabar
  • Mendoakan jenazah

Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut).

Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Maksudnya: “Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.” Riwayat Muslim (67)

Kesimpulannya, dibolehkan untuk menangis biasa atau bersedih ketika berlaku kematian dan itu bukan satu kesalahan. Semoga bermanfaat buat anda semua!

Baca juga: Alamak! Terlupa Baca Niat TANPA SENGAJA, Sah Puasa Atau Kena Ganti?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×