Euforia Bola 2026
Sihat

Kerap Korek Hidung Sampai Salur Darah Pecah, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan!

korek hidung

Sukar untuk percaya, tapi siapa sangka perbuatan korek hidung boleh mendatangkan implikasi buruk kepada tubuh badan sekiranya dilakukan secara kerap.

Hal ini kerana, perbuatan tersebut boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku tanpa henti sehingga perlu menjalani pembedahan kecemasan.

Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!

korek hidung

Gambar hiasan: 123rf

Sebagaimana, realiti ngeri yang berlaku kepada lelaki ini. Gara-gara kerap menggorek hidung, dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selepas mendapati salur darah hidungnya pecah.

Pesakit yang tidak didedahkan namanya itu gemar melakukan tabiat tersebut pada setiap masa. Bagaimanapun, dia menyedari hidungnya mengeluarkan darah yang banyak secara tiba-tiba ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Baca juga: Cegah Tragedi Tersangkut Telekung, Buat 3 ‘Step’ Keselamatan Ini Sebelum Tunggang Motosikal!

Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

Panik dengan keadaan tersebut, dia memutuskan pergi ke hospital berhampiran bersama isterinya selepas gagal menghentikan pendarahan berkenaan.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan arteri pada hidungnya didapati pecah dan perlu menjalani pembedahan segera. Pesakit dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Berdasarkan laporan berita Oddity Central, kejadian tersebut berlaku di bandar Xianyang, wilayah Shaanxi.

Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: 123rf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×