Menerusi laman Facebook dikenali sebagai Zam Sani, dia memuat naik satu hantaran mengenai cara rawat batu hempedu kaedah semula jadi.
Jelasnya, cara rawat batu karang yang dipraktikkan ini ternyata mampu menyelamatkan isterinya daripada melakukan pembedahan buang pundi hempedu.
Baca juga: Berat Mata Memandang Keadaan Badan, Lebih Berat Lutut Nak Tampung!
CARA RAWAT BATU HEMPEDU SECARA SEMULA JADI

“Dulu, isteri saya demam on-off selama 2-3 minggu, kami ingat biasa saja. Sampailah keadaan makin teruk—kulit gatal, malam tak boleh tidur, mata kekuningan. Aku bawak dia ke klinik di Pasir Gudang, doktor suluh matanya dan terus cakap itu merupakan demam kuning.
“Doktor terus bagi surat refer ke hospital. Sampai di KPJ, doktor buat ultrasound dan di situ kami nampak batu hempedu sebesar guli—2.5cm.
“Doktor pakar bedah panggil kami dan kata, “Satu-satunya jalan adalah pembedahan buang pundi hempedu dan buat bypass.” jelasnya.
Kejadian itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk melakukan pencarian dengan lebih mendalam di internet. Akhirnya, Zam Sani menggunakan tips yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshad tentang cara rawat batu karang secara semula jadi.
“Sampailah saya jumpa satu rawatan semula jadi yang dikongsi oleh Dr. Hamid Arshad. Saya cuba pada isteri sebagai ikhtiar. Keesokan paginya, isteri saya sakit perut memulas. Dia buang air besar dan dalam mangkuk tandas, banyak ketulan hijau timbul.
“Saya syak itu batu hempedu. Pagi sebelum pembedahan, doktor buat scan sekali lagi. Masa ini, keajaiban berlaku—batu hempedu yang sebelum ni ada, tiba-tiba hilang! Hampir setengah jam doktor ulang scan, tapi tak jumpa,” ujarnya.
Jadi cara yang digunakan adalah:
1. Makan malam sebelum jam 12 tengah malam.
2. Keesokan harinya: sarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau (buang kulit dan kisar).
3. Makan tengah hari minum jus yang sama (3 biji epal hijau).
4. Makan malam juga jus yang sama (3 biji epal hijau).
5. Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
6. Pada jam 10 malam, minum jus khas yang dibuat daripada 1 cawan minyak zaitun dan jus dari 3 biji lemon.
7. Tidur dalam posisi mengiring ke kanan sambil meringkuk supaya batu karang lebih mudah keluar dari badan.
Walau bagaimanapun, nyawa dan kesihatan bukan tempat untuk eksperimen. Ini hanyalah ikhtiar secara alami semula jadi. Sesuai untuk semua orang yang mahu mencuba. Semoga bermanfaat.
Baca juga: Waktu Terbaik Untuk Makan Buah Pisang, Kalau Salah ‘Timing’ Bacaan Gula Boleh Jadi Tinggi!
Sumber: Facebook Zam Sani
