Kuih tepung pelita merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang digemari ramai terutama ketika bulan Ramadan. Dengan teksturnya yang lembut, rasa lemak manis, dan aroma pandan, kuih ini sering menjadi pilihan sebagai pencuci mulut.
Sekiranya anda ingin mencuba membuat sendiri kuih tepung pelita versi moden, boleh cuba ikut perkongsian resepi di bawah ini. Mudah dan pastinya terlajak sedap!
Baca juga: 24 Resepi Air Untuk Berbuka Boleh Buat Sendiri, Lega Bila Dapat Minum!
KUIH TEPUNG PELITA VERSI MODEN, INI CARA NAK BUAT

Saya nak kongsikan resepi kuih tepung velita versi moden tetapi rasanya tetap asli aroma daun pandan. Jom cuba.
Bahan-bahan A – bahagian bawah (hijau):
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air pandan
- Air kapur 1 sudu teh
Bahan-bahan B – bahagian atas (putih):
- 4 cawan santan
- 4 sudu besar tepung beras
- sedikit garam
– Kisar semua bahan A sehingga sebati. Kemudian, masak atas api sampai likat dan meletup-letup.
– Kisar pula bahan B dan masak seperti bahan A.
– Tutup api dan masukkan lapisan hijau (bahan A) ke dalam bekas.
– Setelah itu, masukkan satu sudu kecil gula di atas lapisan hijau. Biarkan gula putih cair seketika sebelum memasukkan lapisan putih (bahan B).
Biarkan seketika sebelum dimakan. Nak lebih sedap, boleh simpan kuih tepung pelita versi moden ini di dalam peti ais terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kalau Tauhu Dalam Peti Ais Dah Masam, Jangan Buang! Guna Teknik Ini Untuk Sedapkan Semula
Sumber: Facebook Munasnainu Mustapha
