Euforia Bola 2026
Famili

Tak Cukup Masa Nak Buat Kuih Raya? Cuba Resipi Mudah Ini, Gerenti Jadi!

Ramai yang beranggapan proses nak buat kuih raya selalunya renyah dan perlukan banyak bahan. Sebab tu, ramai orang lebih suka untuk beli je, lagi senang, kan?

Tapi, kalau korang teringin sangat nak buat kuih raya sendiri. Jangan risau, kami ada resipi ringkas dan cepat yang hanya perlukan bahan asas seperti coklat, mentega, susu dan paling penting kena ada Pocky!

1. Pocky Fireworks

Bahan-bahan:
60g coklat ganache
15ml susu
10 keping biskut tawar
2 paket Pocky (ikut citarasa!)

Cara Penyediaan:
Cairkan coklat ganache hingga lembut dan berkilat.
Masukkan susu, kacau sebati sampai licin.
Biarkan sejuk seketika, kemudian sapukan atas biskut tawar.
Akhir sekali, hiaskan dengan Pocky pelbagai perisa untuk sentuhan rangup yang sedap!

Senang je kan? Kudapan manis ini gerenti jadi kegemaran semua!

2. Biskut Emping Jagung Madu Pocky

Bahan-bahan:
20g mentega
10g gula
30ml madu
120g emping jagung (kisar/ramas kasar)
Pocky (pilih perisa kegemaran!)
Kacang (jika suka)

Cara Penyediaan:
Cairkan mentega dalam kuali.
Masukkan gula dan kacau hingga larut.
Tambahkan madu, kacau hingga warna jadi keemasan.
Dalam bekas lain, masukkan emping jagung yang dikisar/diramas kasar.
Tuangkan adunan mentega, gula, dan madu ke dalamnya, kacau hingga sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas untuk bentuk yang kemas.
Hias dengan Pocky pelbagai perisa untuk sentuhan ceria dan rangup!

Tadaa! Kudapan Raya yang simple, rangup dan confirm laku keras!

3. Kek Batik Pocky

Bahan-bahan:
3 paket Pocky (pilih perisa kegemaran!)
1 sudu besar serbuk matcha
400g coklat putih
100g krim

Cara Penyediaan:
Cairkan coklat putih bersama krim hingga licin dan berkilat.
Masukkan serbuk matcha, kacau sebati hingga warna hijau lembut.
Susun Pocky dalam acuan mengikut kreativiti sendiri.
Tuangkan adunan matcha ke dalam acuan, pastikan ia meresap dengan sempurna.
Selang-selikan dengan lapisan Pocky untuk tekstur lebih menarik.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman hingga mengeras.
Akhir sekali, hias dan DIY dengan Pocky tambahan untuk sentuhan lebih ceria!

Siap! kek batik eksklusif berperisa matcha yang lain dari yang lain!

Dapatkan Pocky Pek Edisi Terhad 8 + 1 Sachet PERCUMA!

Dah tak sabar nak buat kuih raya sendiri? Jom dapatkan produk Pocky pilihan anda di mana-mana pasaraya berhampiran.

Ataupun boleh pesan je secara atas talian melalui Lazada. Haa.. Lebih mudah, tunggu je Pocky sampai depan pintu rumah dan terus boleh buat kuih raya anda!

Berita baik! Sekarang tengah ada promo Pocky Pek Edisi Terhad 8 + 1 sachet percuma. Tapi kena cepat, sementara stok masih ada jadi kena cepat tau! Kalau tidak melepaslah..

Raya kali ini, jadikan sesi membuat kuih lebih meriah dan kreatif dengan sentuhan Pocky! Cipta Keriangan Raya dengan Pocky dan raikan kemanisan bersama yang tersayang. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×