Euforia Bola 2026
Nur

Alamak! Terlupa Baca Niat TANPA SENGAJA, Sah Puasa Atau Kena Ganti?

terlupa niat puasa

Berpuasa merupakan salah satu ibadah penting dalam Islam yang memerlukan niat sebagai syarat sahnya. Namun, ada kalanya seseorang mungkin terlupa niat puasa, sama ada kerana keletihan, kelalaian, atau sebab-sebab lain.

Situasi terlupa niat puasa pastinya boleh menimbulkan kekeliruan mengenai status puasanya adakah diterima atau perlu diganti? Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan penjelasan penuh di bawah.

Baca juga: Viral Video Wanita Solat Tarawih Sambil Pegang Telefon, Mufti Jelaskan Hukumnya. “Boleh Tapi …”

TERLUPA NIAT PUASA TANPA SENGAJA TAPI TETAP TERUSKAN, INI HUKUMNYA

TERLUPA NIAT PUASA

Freepik

Menerusi perkongsian di laman sesawang rasmi Maktabah Al Bakri, niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib.

Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat.

Niat puasa perlu dilakukan pada malam hari bulan Ramadan sehingga sebelum terbitnya fajar sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Bagi mengelakkan masalah terlupa niat puasa berlaku berulang kali, anda digalakkan untuk berniat puasa sebulan berdasarkan pendapat Imam Malik.

Difahamkan juga, jika seseorang itu bangun bersahur dan terlupa niat puasa di dalam hati, maka puasanya sah. Hal ini disebabkan  sahur tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tujuan untuk berpuasa.

Usaha untuk membaca niat puasa pada setiap malam di bulan Ramadan adalah digalakkan namun sekiranya terlupa anda boleh kekal berpuasa kerana sah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Lelaki & Perempuan, Jangan Sembarangan Cukur Bulu Di Badan, Tak Semuanya Boleh Dibuang!

Sumber: Maktabah al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×