Selain kemeriahan persiapan dan momen berkumpul bersama tersayang, kami yakin ada satu benda yang ramai nantikan sempena Raya.
Haa.. Apa lagi kalau bukan iklan atau filem pendek raya! Tahun ini lebih meriah dengan filem pendek Watsons yang sarat dengan gelak tawa dan nilai kekeluargaan, bertajuk Raya Terunggul!
Paling best Raya Terunggul Menggabungkan Tiga Karakter Lagenda!
Watsons membawa kelainan dengan menyatukan tiga karakter ikonik Malaysia dalam sabuah kisah yang epik! Bayangkan ada Adnan Sempit, Mami Jarum, dan DCP Datuk Helmi dari Gerak Khas bergabung! Memang meriah habis!
Ketiga-tiga watak ini ‘muncul’ bukan saja-saja tau, tapi mereka ada misi utama untuk bantu Melati! Dalam usaha nak realisasikan misi tersebut macam-macam hal terjadi, yang pastinya bakal mencuit hati penonton.
Buat anda yang dah excited nak tengok, min sertakan video tersebut di bawah:
Haa.. Memang terhibur habis kan? Terasa mengamit memori kenangan filem lama-lama tapi dalam nafas baru. Kalau belum puas, Watsons juga ada video eksklusif yang menampilkan adegan tambahan, bloopers lucu dan momen menarik yang tak ditayangkan dalam versi utama.
Jangan lupa tengok!
Tak kira taste atas, bawah atau kanan:
Sempit sempat makan:
Yang berjiwa art berat je boleh nampak diskaun Raya Watsons macam Ropie:
Jangan Toleh Ramli:
Promosi Raya Watsons – Nikmati Diskaun Hingga 60%!

Selain hiburan, Watsons turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelanggan setianya. Nikmati diskaun sehingga 60% untuk item kedua di kedai mahupun secara atas talian. Ini peluang terbaik untuk mendapatkan keperluan raya pada harga berbaloi!
Hadiah Bernilai RM3.8 Juta Menanti!

Buat ahli Watsons Club, ini masanya untuk menang besar! Dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan, termasuk sebuah Proton eMas 7, jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah ini.
Hadiah Utama & Eksklusif:
- Proton eMas 7 – 1 pemenang
- Proton Persona & Proton Saga – 1 pemenang setiap satu
- Motosikal Modenas – 10 pemenang
- Jongkong Emas Tulen 1g – 100 pemenang
- Baucar E-Watsons RM50 – 1,000 pemenang
Tertakluk pada terma & syarat.
Langkah penyertaan:
- Wajib jadi ahli Watsons Club kemudian boleh shopping di mana-mana kedai Watsons atau secara atas talian.
- Belanja minimum RM50 dan ke atas dan buat pembayaran dengan kad debit atau kredit VISA.
Kemudia secara automatik anda terus layak untuk cabutan bertuah! Mudah kan?!
Ada Hadiah Eksklusif Dengan Pembelian Tertentu
Dengan jumlah pembelian tertentu, pelanggan berpeluang untuk tebus lebih banyak hadiah eksklusif seperti:
- GAABOR Iron Steamer (untuk pembelian RM380 ke atas)
- Balang Fika (untuk pembelian RM180 ke atas)
- Pouch Eksklusif (untuk pembelian RM120 ke atas)
- Sampul Raya (untuk pembelian RM80 ke atas)
Watsons menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan, bukan sahaja melalui filem raya yang menghiburkan, tetapi juga dengan pelbagai promosi menarik yang menanti para pelanggan setianya.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk shopping dan menang besar dengan Watsons! Raya kali ini, biar lebih meriah, lebih ceria dan lebih bermakna!
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ikuti laman Instagram Watsons di SINI.
