Ketika bulan Ramadan, umat Islam menahan dari lapar dan dahaga namun cuaca panas serta tempoh berpuasa yang panjang boleh menyebabkan kehausan yang teruk untuk seseorang. Oleh itu, anda dianjurkan untuk baca doa hilangkan dahaga seperti dikongsikan di bawah ini.
Diharapkan dengan membaca doa hilangkan dahaga ini dapat memberikan lebih tenaga terutamanya untuk menunaikan ibadah pada bulan mulia ini. Jom kita amalkan!
Baca juga: Kekuatan Isteri Jaga Suami Terlantar Raih Perhatian, “Jangan Pernah Putus Asa Kak…”
DOA HILANGKAN DAHAGA, BOLEH AMALKAN SELALU

Freepik
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, doa hilangkan dahaga yang boleh dibaca selepas bersahur adalah surah al-Kautsar dan diulangi sebanyak 7 kali. Dengan izinNya, anda tidak akan rasa haus sehingga waktu berbuka.
Berikut penulis kongsikan ayatnya:

Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air nabeez ketika bersahur dan meningkatkan pengambilan protein. Hal ini kerana ia dapat membantu hidrasikan tubuh badan.
Minuman sunnah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam tempoh berpuasa.
Jadi, jangan lupa amalkan tips yang penulis kongsikan. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua di luar sana.
*Selamat berpuasa!
Baca juga: Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Selepas Merentas Desa, Rebah Di Garisan Penamat…
Sumber: TikTok Pida Eda99
