Menerusi laporan media tempatan, sebanyak 40 hingga 50% beras import daripada 5,000 sampel disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).
Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Syahril Firdaus Ab Razak menyatakan bahawa kajian yang menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024.
Baca juga: Hud Aryan Ditemui Meninggal Dunia, Mayat Tersangkut Pada Pokok
BERAS PUTIH TEMPATAN DICAMPUR DALAM BERAS IMPORT

Freepik
Pihak mereka menerima sampel beras daripada pihak berkuasa iaitu Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diambil daripada pengilang.
Jelasnya, campuran beras itu dikatakan berlaku di peringkat pengilang di mana petani menanam padi menggunakan benih tempatan dan apabila dijual kepada pengilang, di situlah berlaku campuran beras import serta beras putih tempatan.
“Setiap sampel beras di dalam kampit dibahagi kepada tiga bahagian iaitu atas, tengah dan bawah dan diambil secara rawak. Ia kemudiannya melalui proses pengekstrakan DNA dan kawalan kualiti. Analisis penskoran pula dijalankan menggunakan perisian GneMapper5/Typer4,” jelasnya.
Tambah Mohd Shahril lagi, tiada sebarang akta yang mencegah perbuatan campuran beras putih tempatan dan beras import.
“Pada masa ini, pusat penyelidikan ini bersama-sama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membincangkan peraturan baharu berkaitan beras putih tempatan dan beras import,” katanya.
Polemik BPT yang ‘ghaib’ pasaran telah berlarutan lebih dua tahun lalu walaupun kementerian giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.
Baca juga: Peguam Dedah Kisah Sebenar Pergaduhan Antara Ibu & Cikgu, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?
Sumber: Sinar Harian
