Sekiranya tauhu basah di dalam peti ais bertukar masam sebelum anda menggunakannya, jangan risau kerana masih boleh diselamatkan dengan teknik di bawah ini.
Anda tidak perlu bergegas ke kedai untuk membeli yang baharu kerana hanya 2 bahan utama sahaja diperlukan untuk kembalikan kesedapan tauhu basah tersebut.
Baca juga: Cara Buat Puding Tiramisu Lemak Berkrim, Gabungan Sempurna Kopi & Keju!
TAUHU BASAH BERTUKAR MASAM, INI CARA NAK SEDAPKAN BALIK

Freepik
Sekiranya tauhu basah sudah bertukar masam, anda boleh mencuba cara ini:
1. Belah tauhu kepada empat bahagian, tetapi jangan sampai terputus sepenuhnya.
2. Kemudian, ambil semangkuk air panas yang mendidih dan masukkan tauhu basah tadi.
3. Rendam tauhu dalam air panas tersebut, kemudian masukkan secubit garam.
4. Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu, kacau sedikit tauhu dalam air garam sebelum digunakan.
Tauhu basah yang masam kembali elok seperti baru dibeli di kedai. Dengan cara ini, anda tidak perlu membazir dengan membuang tauhu basah tersebut.
Buat anda yang tidak tahu, kaedah ini boleh juga digunakan untuk tauhu putih atau tauhu goreng. Hasilnya memang puas hati!
Selamat mencuba dan semoga artikel perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Bukan Hanya Laksa Kedah, Ini 8 Jenis Lagi Laksa Popular Di Malaysia. Yang Mana Paling Sedap?
Sumber: TikTok Amir Mokhtar
