Euforia Bola 2026
Didik

Pensel Warna Anak Hilang, Dua Hari Si Ibu Bising Suruh Cikgu ‘Check’ Setiap Satu…Pening!

pensel warna

Sebelum ini kecoh mengenai ragam mak ayah dengan cikgu sekolah yang mengundang pergaduhan. Ternyata, kita tidak lagi seperti dahulu kerana semua perkara mengenai aktiviti anak-anak di sekolah akan dimaklumkan dalam ‘group’ Whatsapp mak ayah termasuklah kehilangan barang seperti pensel warna.

‘Group’ yang mewakili setiap kelas ini tujuannya untuk memudahkan beberapa jenis urusan namun tidaklah sehingga ke isu seperti satu alat tulis hilang pun perlu dituding jari kepada cikgu. Seperti kes viral terbaharu yang dikongsikan ini membuatkan ramai dalam kalangan cikgu pening kepala!

Baca juga: 2 Jam Terperangkap Dalam Lif Hotel, Bayi Dah ‘Lembik’ Baru Pihak Hotel Bagi Kerjasama Dengan Bomba

PENSEL WARNA HILANG SATU PUN MINTA CIKGU ‘CHECK’ SATU-SATU?

pensel warna

Terdapat satu perkongsian di laman Facebook dari seorang ibu bernama Teha Salimen mendapat perhatian ramai. Kisahnya apabila dia menceritakan telatah ibu bapa kepada anak murid satu kelas dengan anaknya yang sudah dua hari ‘meroyan’. Tidaklah mengenai hal kecemasan, cuma mengenai beberapa batang pensil warna anaknya hilang sahaja namun dia terus menyalahkan cikgu kerana tidak ‘alert’ dengan situasi.

“Dah nama pun pra-sekolah kan. Kalau hilang alat tulis pun, biasa la budak kecil,” kata Teha Salimen.

Mesej yang bertubi-tubi menyampai perihal yang sama sebenarnya boleh menganggu kerja cikgu yang bertugas sebagai pendidik. Mana tidaknya, satu kelas bukan hanya mempunyai seorang murid malah berpuluh-puluh anak murid yang perlu dijaga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terdiri daripada ibu bapa meluahkan rasa tidak masuk akal dengan ragam ibu bapa zaman sekarang. Malah, mendidik anak untuk menjaga barang sendiri merupakan tugas mak ayah di rumah dan cikgu hanya membantu.

“Isu alat tulis ni..memang tanggungjawab mak ayah kena didik anak jaga barang sendiri. Lumrah jadi budak .. kita dulu masa budak pun lebih kurang ja. Selain didik anak anak… Mak mak jugak kena didik diri sendiri untuk bersabar menghadapi dugaan begini,” kata netizen A.

BELI BARANG MURAH CUKUPLAH…

pensel warna

Malah ada juga yang pernah berkhidmat sebagai guru menceritakan pengalamannya ketika mengajar dan pernah mengalami situasi sebegini. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mencadangkan untuk tidak ‘memewahkan’ anak-anak di pra-sekolah dengan membeli alat tulis murah-murah dahulu supaya tidak terkilan apabila hilang.

“Bukan nak cakap la, kadang-kadang seminggu penuh bakul cikgu. Tanya sapa punya anak-anak tak ada yang ngaku, habis kerja cikgu ke tengok pensel warna satu persatu setiap anak murid,” kata netizen B.

“Anak aku tadika. Aku banyak borong dekat kedai dua ringgit. Jadi bila hilang, kawan terambil, tertukar ke. Aku biarkan saja, cuma pesan dekat anak. Belajar jaga barang sendiri. Budak-budak macam ini bebel la macam mana, marah la macam mana, dia takkan faham. Jadi nak elak kita rasa ralat dengan kehilangan alat tulis anak, beli yang murah-murah. Sebagai parents dalam kategori B40 ni aku tak nak merungut sebab memenatkan diri,” kata netizen C.

*Jadi, tak perlu nak merungut dan merumitkan keadaan untuk cikgu-cikgu mendidik anak kita sama ada di pra-sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah. Kalau mak ayah pun kuat merungut, macam mana anak nak berjaya?

Baca juga: Bapa Nak ‘Sembunyi’ Aib Tak Mahu Jadi Wali, Anak Luar Nikah Lahirkan 6 Zuriat Tanpa Nikah!

Sumber: Teha Salimen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×