Euforia Bola 2026
Deko & Hias

7 Penyebab Peti Sejuk Cepat Rosak, No.1 Itu Selalu Orang Buat Tapi Tak Perasan!

baiki peti sejuk

Jarang terjadi, tetapi ada orang pada setiap tahun dia terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk membaiki peti sejuknya. Jadi, bagi mengelakkan masalah sering baiki peti sejuk ini berlaku kepada anda, adalah penting untuk mengetahui puncanya yang menyebabkan ia cepat rosak.

Melalui perkongsian Rinda Sofea, terdapat 7 punca yang menyebabkan peti sejuk cepat rosak. Jom baca sampai habis, info berguna ini!

Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’

ELAK SELALU BAIKI PETI SEJUK, KETAHUI 7 PUNCA KEROSAKANNYA

baiki peti sejuk

Gambar: Rinda Sofea

INILAH PUNCA PETI SEJUK CEPAT ROSAK

1. Masukkan makanan panas terus ke dalam peti sejuk

Tabiat pertama adalah memasukkan makanan panas ke dalam peti sejuk.

Meletakkan makanan panas di dalam peti sejuk akan membuatkan pemampat bekerja lebih keras untuk mengurangkan suhu. Dan akhirnya boleh merosakkan komponen peti sejuk.

Sebaiknya, biarkan makanan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

2. Membuka pintu peti sejuk terlalu kerap

Tabiat membuka pintu peti sejuk terlalu kerap boleh menyebabkan suhu di dalam peti sejuk berubah-ubah. Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih keras untuk menyejukkan,

Malah, boleh mempercepatkan kerosakan pada komponen dalamannya.

Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!

3. Menyimpan makanan yang tidak bertutup rapat

Makanan yang tidak bertutup rapat di dalam peti sejuk boleh mengeluarkan wap air yang meningkatkan kelembapan di dalamnya.

Hal ini boleh menyebabkan pembentukan ais yang berlebihan di dalam peti sejuk, mengganggu peredaran udara dan mengurangkan kecekapan penyejukan.

4. Menimbun terlalu banyak makanan

Menimbun terlalu banyak makanan melebihi kapasiti peti sejuk hanya akan menyekat peredaran udara sejuk dan mengganggu aliran udara.

Akibatnya, suhu di dalam peti sejuk mungkin tidak teragih sama rata, menjadikan sesetengah bahagian lebih sejuk daripada yang lain.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!

5. Tidak membersihkan peti sejuk dengan kerap

baiki peti sejuk

Gambar: prostooleh

Disebabkan ia jarang dibersihkan, habuk dan kotoran secara automatik akan berkumpul di belakang peti sejuk atau di antara penghawa dingin.

Kotoran yang terkumpul akan menghalang aliran udara dan membuatkan peti sejuk perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu sejuk.

6. Menyimpan objek panas di atas peti sejuk

Kawasan di atas peti sejuk sering digunakan untuk meletakkan pelbagai objek.

Jika anda meletakkan objek panas di atas, haba daripada objek itu boleh meningkatkan suhu di sekeliling peti sejuk dan menjadikannya bekerja lebih keras untuk menyejukkan.

7. Tidak menetapkan suhu dengan betul

Menetapkan suhu peti sejuk pada nombor yang terlalu rendah hanya akan membazir elektrik. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan pembekuan makanan yang tidak sepatutnya dibekukan.

Sebaliknya, suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan makanan cepat rosak dan menjadi basi.

Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!

Sumber: Rinda Sofea

FT Image: Freepik / Zinkevych

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×