Euforia Bola 2026
Famili

2 Jam Terperangkap Dalam Lif Hotel, Bayi Dah ‘Lembik’ Baru Pihak Hotel Bagi Kerjasama Dengan Bomba

lif rosak

Memilih tempat penginapan atau hotel yang mempunyai fasiliti terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga adalah amat penting. Hal ini kerana, kita nak elakkan dari berlaku sebarang masalah atau pengalaman ‘ngeri’ seperti lif rosak.

Ini merupakan pengalaman yang dikongsikan oleh seorang wanita bergelar ibu di laman Tiktok @intannoratini apabila dia sekeluarga berdepan situasi lif rosak tanpa dijangka!

Baca juga: Bapa Nak ‘Sembunyi’ Aib Tak Mahu Jadi Wali, Anak Luar Nikah Lahirkan 6 Zuriat Tanpa Nikah!

LIF ROSAK LEBIH 2 JAM, BAYI DAH LEMBIK BARU ADA BANTUAN!

lif rosak

Lebih menggerunkan adalah, dia yang bersama suami, anak-anak kecil dan ahli keluarga yang lain terperangkap dalam lif tersebut selama 2 jam tanpa bantuan dari pihak hotel!

Menurut ibu ini, punca mereka terperangkap dalam lif tersebut lebih 2 jam adalah kerana pihak hotel tidak mahu untuk memberikan kerjasama kepada pihak bomba. Menurut komen yang ditinggalkan oleh orang ramai, kejadian tersebut berlaku di Fuller Hotel, Kulim, Kedah dan ternyata sesiapa yang pernah menginap di hotel berkenaan akan menyuarakan pelbagai masalah kemudahan.

Keadaan menjadi lebih tegang kerana pihak hotel tidak mahu pihak bomba untuk ‘mengopak’ pintu lif kerana akan rosak sepenuhnya. Oleh kerana ada kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam lif tersebut, pihak bomba mengambil keputusan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sudah pucat melalui ruang kecemasan atas lif.

Video yang dapat tontonan lebih 5.4 juta ini turut menerima komen dari pihak fasiliti yang ada di laman Tiktok wanita tersebut. Menurutnya, memang mereka mempunyai SOP untuk tidak sewenang-wenangnya membuka pintu lif hingga menyebabkan kerosakkan kerana khuatir tiada ‘warranty’. Namun, dalam hal ini, sepatutnya tindakan awal dari pihak hotel perlu dilakukan kerana ada bayi.

“Baby dah 50/50, nak pengsan dan sedar tak sedar masa angkat. Bomba angkat tergerak kuat sikit tu dia nangis kuat,” kata ibu ini di ruangan komen membalas pertanyaan orang ramai.

@intannoratiniGamak hampa buat macam tu kat kami. Boleh pulak kat sat sat nak repair jalan macam biasa. Orang ada dalam boleh repair ka? Sayang harta benda ka sayang nyawa? 2 jam dengan budak budak dan baby. Kalau orang tua lain cerita. Cuba la fikir sama maintainance oi. Otak letak mana. Lepas jam 11.20 kami balik macam tu ja. Pihak hotel tak da kata maaf atau jumpa tanya ok ka xok ka. Gamak♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀

*Memang boleh jadi punca trauma naik lif jika berlaku situasi sebegini terhadap kita!

Baca juga: Bayi Usia 6 Bulan Menderita Perut Membesar Sehingga 52cm, Ibu Bapa Mohon Bantuan…

Sumber: Tiktok @intannoratini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×