Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Berdepan Detik Cemas & Ngeri Anak Kena SAWAN TARIK, Ini Tindakan Segera Perlu Diambil!

sawan tarik

Sawan tarik (febrile seizure) merupakan sejenis sawan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak akibat peningkatan suhu yang ketara. Ia mudah untuk dikenal pasti seperti namanya febrile seizure berasal daripada perkataan ‘feverish’ yang bermaksud demam.

Dan ibu bapa mana yang tidak bimbang jika anak mereka diserang sawan tarik. Hal ini kerana, ia boleh meninggalkan trauma dan rasa takut, sebagaimana detik ngeri dan cemas dilalui oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Nurul Eifa di Facebook.

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

SAWAN TARIK KANAK-KANAK

sawan tarik

Gambar Puan Nurul Eifa: Keadaan anak Nurul Eifa di hospital yang penat selepas kena sawan tarik.

Perkara yang paling menakutkan sepanjang hidup bila tengok anak mengalami tarik dan ingat dia hampir putus nyawa. Syukur, anak masih dipanjangkan umur dan semakin sembuh.

Cuma demam tak kebah lagi, kejap-kejap sahaja okay. Nanti malam, dia panas balik dan kena bergilir dengan suami tengok anak. Takut trauma dulu terjadi lagi.

Saya kongsi di bawah apa perlu buat kalau jadi tarik dekat anak waktu di rumah. Tolong baca untuk pengetahuan dan persediaan kalau tiba-tiba terjadi pada anak sendiri.

Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!

Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

sawan tarik

Gambar Puan Nurul Eifa: Anak Nurul Eifa yang dimasukkan air sebotol sepanjang malam di wad kecemasan.

  1. Baringkan anak dalam keadaan mengiring dan buka pakaian anak.
  2. Buka mulutnya. Kalau mulut berbuih, mengiringkan dia untuk keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liurnya sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas atau tercekik.
  3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.
  4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kakinya dengan air. Bila dia dah sedar atau menangis, baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan di rumah).
  5. Kalau tidak ada ubat buntut di rumah, bila anak sudah sedar segera bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badannya kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring.

Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik atau hospital berhampiran.

Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik atau hospital untuk dapat bantuan oksigen.

Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Disebabkan itu, bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Baca juga: Kecil Lagi Dah Terpengaruh Trend Solekan, Scha Kongsi Tips Didik Anak Perempuan Bebas Mekap!

Info sawan tarik

Melalui portal Hello Doktor, sawan tarik dikatakan tidak berbahaya dan hampir semua kanak-kanak yang mengalaminya akan sembuh sepenuhnya.

  • Punca sawan pula tidak diketahui, namun beberapa kajian yang dijalankan membuktikan bahawa sawan ini berlaku akibat jangkitan virus.
  • Sawan tarik juga merupakan satu tindak balas otak terhadap suhu yang amat tinggi ketika demam.
  • Ia sering berlaku pada kanak-kanak yang berusia 6 bulan hingga 5 tahun. Lazimnya, berlaku pada bayi 12 hingga 18 bulan.

Namun, ibu bapa boleh menarik nafas lega ketika anak sudah menginjak ke umur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak pada umur ini tidak akan mengalami sawan lagi.

Punca sawan tarik:

  • Mempunyai sejarah keluarga.
  • Pernah diserang sawan sebelum ini. 1 daripada 3 kanak-kanak yang pernah mengalami sawan selalunya akan mengalami sawan semula dalam tahun pertama atau kedua.
  • Mereka berumur 15 bulan atau lebih muda ketika diserang sawan.

Jika anak anda diserang sawan bawa bertenang dan:

  1. Letakkan anak di atas lantai.
  2. Alihkan objek yang menghalang.
  3. Pastikan anak dalam keadaan mengiring untuk elakkan tercekik.
  4. Periksa sama ada anak bernafas dengan betul.
  5. Catatkan masa anak terkena serangan sawan.

Jika sawan tersebut berlaku lebih daripada 5 minit dan muka anak anda bertukar menjadi kebiru-biruan, sawan tersebut adalah serangan yang serius. Jangan lupa untuk panggil ambulans secepat mungkin.

Baca juga: Anak 7 Tahun Tak Faham Kenapa Kena Solat, Ini Penjelasan Mudah Mama Papa Boleh Beritahu!

Sumber: Puan Nurul Eifa 

FT Image: Puan Nurul Eifa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×