Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

“Kemas & Hias Rumah Adalah Tanda Anda Gembira Nak Bertemu Bulan Ramadan”- Ustazah

kemas rumah

Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak yang membawa 1001 keberkatan. Kebiasaannya, orang ramai akan mempersiapkan kelengkapan dari segi makanan namun jarang yang menyambut Ramadan dengan kemas rumah terlebih dahulu.

Sebenarnya, menyambut ketibaan Ramadan memerlukan anda untuk ‘memperbaharui’ semua kelengkapan dalam rumah kerana itu merupakan tanda anda bersedia untuk bertemu bulan ini.

Baca juga: DIY Pewangi Tandas Ala Hotel Guna 4 Bahan Dapur, Ucapkan ‘Bye-Bye’ Pada Bau Hancing!

KEMAS RUMAH & HIAS TANDA KITA GEMBIRA NAK BERTEMU RAMADAN

kemas rumah

Foto: Freepik

Menurut pendakwah Ustazah Raudhah Rozli, persiapan seperti mencuci cadar, menukar langsir dan mengemop rumah bukan hanya dilakukan untuk menyambut bulan Syawal sahaja malah Ramadan juga. Hal ini kerana menurutnya, rumah yang bersih dan kelihatan seolah-olah baharu ini akan dikunjungi oleh ‘tetamu’.

“Antara tanda gembira kita nak sambut Ramadan adalah kita mula hias rumah, kemas rumah dan persiapkan rumah untuk bertemu dengan Allah SWT,” menurutnya.

“Selalunya orang persiapkan rumah untuk tetamu nak datang semasa perayaan tetapi kemas rumah untuk sambut Ramadan adalah untuk malaikat nak datang,” kata ustazah.

Jelasnya, menerusi hadis Nabi, antara doa yang mustajab adalah doa yang diaminkan oleh malaikat.

“Jika rumah kita dalam keadaan tongkang pecah, dalam keadaan yang tidak mengundang rahmat Allah SWT dan menghalang malaikat masuk, macam mana malaikat nak aminkan doa?” kata ustazah.

kemas rumah

Foto: Freepik

Jadi, buat semua umat Islam yang bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak, masih ada lagi masa untuk anda membuat persiapan dalam menjaga kebersihan rumah bagi menjemput suasana yang barakah. Kalau ada ‘bajet’ lebih boleh beli barang baharu, kalau tidak cukup sekadar cuci yang mana ada sahaja.

@raudhahrozli Tanda Gembira nak bertemu Bulan Ramadan adalah Hias & Kemaslah Rumah kamu agar mengundang Malaikat masuk ke dalam rumah yang bersih 🤲🏻🤗🤍 Moga2 kita semua direzekikan mendapat Lailatul Qadr 🤲🏻🤍 Allahumma Aamiin 🤲🏻 #LIVE #LIVE #UstazahRaudhahRozli #ramadan #doa #decoration #gembira #happy #design #decoratewithme #hiasanrumah #hiasandinding #ramadankembalikuat #tadarus #kemasrumah #taharah #tazkirah #ceramah #ceramahpendek #reminder #islamic_video #TikTokLIVE #LIVEhighlights #laylatulqadr #malamlailatulqadar ♬ Sad instrumental – Studio Pro Sound

Baca juga: Mak Mak Kena Tahu Cara Tanam 3 Jenis Bawang Popular Ini Di Rumah, Bangga Bila Dapat Hasil!

Sumber: Foto FreepikTiktok @UstazahRaudhahRozli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×