Peti pertolongan cemas (first aid kit) atau kit pertolongan cemas adalah koleksi bekalan dan peralatan yang digunakan untuk memberi rawatan perubatan. Peti pertolongan cemas wajib ada di setiap rumah mahupun diri sendiri apabila anda pergi ke mana-mana.
Jadi, apakah jenis ubat-ubatan yang perlu ada di dalamnya? Ikuti perkongsian bermanfaat dari seorang Pegawai Perubatan Kecemasan, Dr. Asmi Syabil.
Baca juga: AWAS Tanda-Tanda Diabetes Boleh Tengok Pada Kulit, Salah Satunya Muncul Tompok Kering!
PETI PERTOLONGAN CEMAS, UBAT WAJIB ADA
Ubat-ubatan yang wajib anda simpan di rumah, asrama atau di atas kereta.
Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan.
Baca juga: Ingatkan Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jangkitan Merebak!
Di mana, rawatan yang boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar. Antaranya seperti:
- demam
- batuk
- selesema
- cirit-birit
- gatal-gatal badan
- muntah
- sakit perut
- pening
- sakit kepala
- dan pelbagai lagi
Jadi, kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan di rumah sebagai ‘first aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.
Baca juga: Disangka Kembung Perut Biasa, Lelaki Ini Tak Duga Dirinya Kini Hidap Kanser Usus Tahap Dua!
15 UBAT WAJIB ADA DALAM FIRST AID KIT
Ini antara ubat-ubatan (gambar di bawah) yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala (symptom) berterusan. Dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil. Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
Dr. Asmi Syabil, Pegawai Perubatan Kecemasan.















Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!
Sumber: Asmi Syabil
FT Image: Freepik

