Menerusi laman sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat penjelasan mengenai bulu di badan yang tidak boleh dicukur terutamanya umat Islam.
Hal ini kerana masih ramai dalam kalangan kita baik lelaki atau wanita yang mencukur bulu tersebut. Jadi, ikuti perkongsian lengkap di bawah ini.
Baca juga: Peguam Dedah Kisah Sebenar Pergaduhan Antara Ibu & Cikgu, Rupanya Ada ‘Plot Twist’?
BULU DI BADAN YANG TAK BOLEH DICUKUR, BARU TAHU

Freepik
Bulu di badan yang tidak boleh dicukur atau dipotong adalah janggut bagi orang lelaki. Larangan ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى
Maksudnya: “Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut.”Riwayat Muslim (259)
Selanjutnya, bulu di badan yang dilarang untuk umat Islam mencukur adalah bulu kening. Menerusi sebuah hadis, Allah SWT melaknat para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya.
Perbuatan ini adalah haram melainkan apabila seorang perempuan itu tumbuh janggut atau misai, maka tidak haram untuk membuangnya mengikut keizinan suami.
Imam Al-Thabari menjelaskan bahawa tidak boleh bagi seorang perempuan itu untuk mengubah sedikit pun ciptaan Allah dengan menambah atau mengurangkan bertujuan untuk mendapatkan kecantikan.
Tidak boleh dia lakukan untuk suaminya dan tidak juga kepada selainnya, seperti sesiapa yang kedua keningnya bersambung lalu dia membuang bulu yang berada di antara keduanya.
Selain itu, antara contoh bulu di badan yang tidak dilarang untuk dipotong atau disimpan ialah bulu dada, bulu betis, bulu paha, bulu hidung dan bulu di lengan.
Kesimpulannya, penting bagi umat Islam untuk memahami jenis bulu di badan yang boleh dan tidak boleh dicukur agar amalan yang dilakukan selaras dengan syariat Islam.
Baca juga: Budak Lelaki 19 Bulan Tiba-Tiba Hilang Sejak Malam Tadi, Pintu Pagar Rumah Terbuka…
