Euforia Bola 2026
Didik

“Pendidik Sebenar!”- Cikgu Kreatif Guna Lagu Viral Untuk Ajar Anak Murid Berzikir, Netizen Puji!

berzikir

Berzikir merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana ia mendekatkan diri kepada Allah serta menenangkan hati. Oleh itu, mendidik anak untuk berzikir sejak kecil adalah satu usaha yang baik dalam membentuk peribadi yang beriman dan tenang.

Dalam kehidupan moden yang serba sibuk, penting bagi ibu bapa untuk memperkenalkan zikir sebagai satu rutin harian yang mudah dan menyeronokkan. Oleh kerana agak sukar untuk si kecil mengingati butir zikir tersebut, mungkin mak ayah boleh ikuti contoh dari guru yang ‘viral’ ini.

Baca juga: Berjalan Guna Tangan Pakai Selipar, Netizen Sebak Tengok Semangat Berdikari Murid OKU Pergi Sekolah

CIKGU AJAR ANAK MURID BERZIKIR GUNA LAGU VIRAL ‘SQUID GAME’

berzikir

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru yang juga merupakan perunding pendidikan dan motivasi dalam mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir. Apa yang menjadi perhatian adalah alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.

Sebaliknya, dia menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut. Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.

MURID ENJOY, MAK AYAH PUN PUJI!

@mrherohebat Marilah Berzikir Bersma SK Ayer Baloi Pontian tq ustaz @Idris Shamsuddin #motivasi #fyp #faizaltoha #aikommalaysia ♬ original sound – Faizal Toha Aikom

Sudah pasti, apabila menggunakan lagu-lagu yang ‘selari’ dengan jiwa mereka, murid sekolah tersebut dilihat sangat teruja dan bersemangat mengalunkan lagu zikir tersebut tanpa dipaksa. Malah, ada yang dilihat menghayunkan tangan ketika menyanyikan lagu zikir berkenaan bersama-sama.

Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.

“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.

Untuk pengetahuan semua, Ustaz Idris Shamsuddin sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila banyak lagu viral yang digunakan oleh beliau sebagai latar belakang untuk menjadikan zikir itu mudah diingati. Malah, video cikgu ini juga telah mendapat lebih 230,000 tontonan dan nyata menarik perhatian pengguna media sosial termasuklah Ustaz Idris Shamsuddin.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji pendekatan guru berkenaan dalam mengajak kanak-kanak untuk berzikir. Ini kerana mereka berpendapat cara sebegitu sememangnya mudah untuk diingati apatah lagi dengan alunan lagu popular masa kini.

“Kebaikan ada media sosial yang digunakan cara yang betul. Banyak kita boleh berkongsi rujukan. Terima kasih cikgu,”- netizen.

“Terbaik cikgu, ini baru pendidik sebenar tahniah sekali cikgu,”- netizen.

“Bagus cikgu buat versi lagu viral jadikan zikir untuk anak-anak, ikut trend anak-anak pun akan suka!”- netizen.

*Semoga lebih mudah anak-anak kita berzikir setiap hari!

Baca juga: Ini 5 Pilihan Warna Tudung Yang Betul Untuk IC Baharu…Jelas, Cantik & Kepala Tak ‘Hilang’!

Sumber: Tiktok @mrherohebat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×