Euforia Bola 2026
Asuh

Aplikasi Untuk Anak Belajar Ini Ada Selit Unsur Lucah, Ramai Yang Dah ‘Download’!

aplikasi untuk anak

Zaman serba moden ini, pelbagai aplikasi untuk anak yang boleh diberikan kepada mereka untuk menimba ilmu melalui cara lebih mudah.

Namun, menerusi perkongsian di laman Facebook milik Shahrul Zaman Lukman, dia mendedahkan bahawa ada satu aplikasi untuk anak yang berunsurkan lucah.

Baca juga: Nampak Sedap Tapi 5 Snek Ini Ada Risiko Tercekik Pada Anak, Tolong STOP Bagi!

APLIKASI UNTUK ANAK YANG BERUNSURKAN LUCAH, BAHAYA!

APLIKASI UNTUK ANAK

Jelasnya, situasi itu sungguh mengejutkan kerana tidak aplikasi yang disangka bagus untuk belajar ternyata turut diselitkan unsur tidak bagus dan seksual.

“Pagi ini saya terkejut bila anak bujang saya report sesuatu! Sekarang ini banyak aplikasi yang bagus untuk belajar pelbagai bahasa.

“Antaranya Duolingo. Saya pun belajar bahasa Sepanyol di sini. Saja suka-suka. Anak saya belajar bahasa Arab dan bahasa Inggeris di sini. Tapi kalau ada agenda dan doktrin halus begini, saya kira carilah aplikasi untuk anak lebih selamat, luahnya.

Tambahnya lagi, unsur negatif itu secara perlahan-lahan dimasukkan apabila sudah berada di tahap yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung, boleh mempengaruhi fikiran anak-anak yang masih naif.

“Dimasukkan agenda elgibiti pula! Mula dimasukkan unsur-unsur ini di level yang tinggi bila kita dah mula mahir sikit. Anak-anak yang naif akan terkesan.

“Menormalisasikan keadaan yang berlawanan fitrah kejadian manusia. Demi akidah dan kesejahteraan manusiawi, tinggalkanlah,” katanya.

Jadi, ibu bapa di luar sana dinasihatkan agar sentiasa memeriksa aplikasi untuk anak sebelum memberi mereka menggunakannya.

Walaupun aplikasi tersebut tentang pembelajaran, anda tetap perlu berhati-hati. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Teknik Mudah Ajar Anak Kayuh Basikal Tanpa Roda Tambahan, 30 Minit Dah Boleh Bawa Sendiri

Sumber: Facebook Shahrul Zaman Lukman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×