Awal hari ini, Sirap Limau telah melaporkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan sedang bersolat Subuh. Susulan terkini, media tempatan memaklumkan bahawa pencabul budak itu telah ditahan oleh pihak polis.
Bacaan juga: [VIDEO] Lelaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Dalam Masjid Jamek Sungai Masin, Jelas Dalam CCTV!
PENCABUL BUDAK DI MASJID TELAH DITAHAN POLIS

Remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak dalam sebuah masjid dekat Batang Kali awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular kejadian itu di media sosial pada jam 8.19 pagi.
“Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.
Pada masa sama, maklumat yang boleh dikongsikan hanya berdasarkan kenyataan media kerana polis tertakluk mengikut Akta Kanak-kanak 2001 yang menitikberatkan privasi mangsa dan keluarganya,” katanya menerusi kenyataan.
Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!
Ahmad Faizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Baca juga: Murid Retak Di Belakang Kepala, Akibat Dilanggar Kereta Di Hadapan Sekolah!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Berita Harian
