Euforia Bola 2026
Asuh

Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!

budak kolesterol tinggi

Bukan mudah nak jumpa kes, budak kolesterol tinggi. Namun, tidak di Malaysia kerana kes tersebut sebenarnya ada berlaku menurut pendedahan yang dilakukan oleh seorang dietitian, Nur Hafizah M Sobri.

Menurut beliau, kanak-kanak itu mempunyai berat badan berlebihan iaitu 55kg dan bacaan kolesterol adalah 6.2.

Baca juga: [VIDEO] Lelaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Dalam Masjid Jamek Sungai Masin, Jelas Dalam CCTV!

BUDAK KOLESTEROL TINGGI USIA 5 TAHUN

budak kolesterol tinggi

Gambar: Nur Hafizah M Sobri

Difahamkan, kanak-kanak itu jarang keluar bermain dan hanya duduk menghadap televisyen di rumah antara faktor mendapat kolesterol tinggi, selain kerap mengambil makanan segera dan ringan.

Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!

Baru umur 5 tahun ada kolesterol tinggi!

Makin muda pesakit zaman kini. Teringat kes ini, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ini. Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2).

Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa. Setiap hari ada sahaja makanan fast food.

Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah.

Kedua-dua mak ayah kerja, maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.

Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!

Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut. Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat. Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok.

Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah kerja dan jarang main dekat luar. Banyak masa duduk dalam rumah, tengok televisyen dan bermain telefon pintar.

Kadang-kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL

  • Anak makan banyak tandanya sihat
  • Anak bambam tandanya berselera
  • Anak besar tandanya kuat

Tidaaakkk. Itu merosakkan anak namanya.

Baca juga: Kecil Lagi Dah Terpengaruh Trend Solekan, Scha Kongsi Tips Didik Anak Perempuan Bebas Mekap!

Tips pada ibu bapa dan anak cegah kolesterol tinggi

Ini antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu:

Untuk ibu bapa:

  1. Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/pes mudah untuk masak sepanjang minggu.
  2. Sentiasa standby buah-buahan di rumah.
  3. Jika perlu beli dari luar, beli yang ada nasi dan berlauk dan wajib ada sayur.

Untuk anak:

  1. Jam 5-7 petang keluar rumah. Buat lah apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke dan tak boleh duduk dalam rumah.
  2. Cari botol cantik 1 liter dan perlu habiskan air kosong dari botol tersebut baru boleh minum air manis.
  3. Duit beli jajan minta masukkan dalam tabung untuk beli bola dan gol.

Perlu berhenti praktis, anak-anak yang bambam adalah anak-anak yang sihat.

Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!

Sumber: Nur Hafizah M Sobri

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×