Menerusi laman media sosial milik pengguna Facebook, dia ada kongsikan satu momen sebak apabila seorang budak lelaki tertidur di tangga masjid sementara menunggu ketibaan ibu ayahnya.
Difahamkan, walaupun jam menunjukkan hampir 9 malam namun dia masih memakai baju sekolah agama lengkap bersamping berwarna hijau.
Baca juga: QAYLA Dieja QHAIYLA & MIKAIL Jadi MIQAIEL, Cikgu Sekolah Naik Pening Nak Tulis Nama Murid!
BUDAK TERTIDUR DI TANGGA MASJID TUNGGU IBU AYAH AMBIL

“Kesian saya tengok budak ini. Masih berbaju sekolah agama, tertidur di tangga masjid menunggu ibu ayah datang ambil. Masa tangkap gambar ini, azan Isyak baru berkumandang.
“Dia sekolah agama dekat sebelah masjid ini. Bayangkan, sudah hampir 9 malam masih berpakaian sekolah dan belum pulang. Saya yang dah dewasa pun rasa letih waktu-waktu mcm ini, inikan pula budak kecil,” ujarnya.
Menurut pengguna Facebook itu, setelah azan Isyak selesai berkumbang, kelihatan susuk tubuh si ibu menjemput anak lelakinya pulang ke rumah.
Dia berharap kejadian seperti ini adalah kali pertama dan tidak akan berulang lagi. Hal ini kerana ketika umur sebegini, anak seharusnya menerima kasih sayang yang mencukupi, bukan dibiarkan tertidur di tangga masjid.
“Alhamdulilah habis je azan, ibunya datang menjemput. Lega perasaan bila tengok. Dalam hati berharap bukan selalu ibunya dtg lewat. Mungkin baru sekali dua sahaja atau mungkin ini kali pertama dan ia tidak akan berulang lagi.
“Walaupun masjid ramai orang, tetap susah hati tengok budak-budak kena tunggu mak ayah lama-lama macam ini sebab minda dan emosi mereka ketika ini seharusnya menerima kasih sayang yang cukup. Mereka tidak sepatutnya menjadi kanak-kanak terbiar,” jelasnya.
Hazrezal Ahmad turut bersyukur kerana dia sentiasa berada di sisi anak-anak ketika mereka memerlukan. Jelasnya, kemewahan tidak dapat membahagiakan tetapi kasih sayang yang cukup mampu mengembirakan anak.
“Saya bersyukur sebab dapat berada di sisi anak-anak ketika mereka memerlukan. Mungkin saya tak dapat berikan kemewahan tetapi dapat berikan masa yang sangat banyak untuk mereka.
“Pada peringkat ini, kasih sayang dan perhatian yang secukupnya untuk anak-anak adalah sangat kritikal. Menjadi ibu bapa, kita tak perlu kaya harta tetapi kita perlu kaya masa,” pesannya.
Baca juga: Kanak-Kanak 10 Tahun Tercekik Gula-Gula Gummy Mata Disahkan Meninggal Dunia…
Sumber: Facebook Hazrezal Ahmad
