Mengetahui waktu badan manusia ‘bekerja’ adalah penting kerana setiap organ di dalam badan mempunyai fungsi tersendiri agar kesihatan diri terjamin.
Dengan memahami jadual semula jadi seperti penulis kongsikan di bawah, kita dapat menyesuaikan aktiviti harian seperti waktu makan, tidur, dan rehat untuk memastikan organ berfungsi secara optimum.
Baca juga: Doktor Kongsi Cerita Sebenar Pesakit Hampir Maut Akibat Tersedak Muntah! “Dia Makin Susah Bernafas”
WAKTU BADAN MANUSIA ‘BEKERJA’, MEMANG AJAIB BILA BACA

Freepik
5 – 7 pagi
Waktu usus besar bekerja jadi anda perlu disiplinkan diri untuk buang air besar. Jika tidak, penyakit akan berkumpul di dalam badan.
7 – 9 pagi
Wajibkan diri untuk ambil sarapan kerana metabolisme badan akan turun mendadak. Hal ini juga boleh mengakibatkan berat badan naik mendadak disebabkan lambat bersarapan.
9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja, elakkan makan pada waktu ini.
11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum, jadi anda perlu elak melakukan kerja berat sebaliknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi pada waktu ini.
1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kedua ketika waktu ini.
3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja, jadi buang air kecil pada waktu ini.
5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum dan anda perlu mengelakkan badan daripada terlalu dehidrasisi. Banyakkan minum air ketika waktu ini.
7 – 9 petang
Pada waktu ini, Perikardium mula bekerja dan anda sebaiknya perlu elakkan makan makanan berat ketika ini.
9 – 11 malam
Waktu yang terbaik untuk berehat dan tidur
11 malam – 1 pagi
Pada waktu ini, hempedu mula bekerja dan elakkan makan kerana boleh menaikkan berat badan.
1 – 3 pagi
Hati mula melakukan kerja untuk singkirkan toksin dalam badan. Jadi, elakkan berjaga pada waktu ini untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser.
3 – 5 pagi
Pada waktu ini, paru-paru mula bekerja. Bagi pesakit asma, sebaiknya bangun pada waktu ini. Paru-paru juga menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.
Jadi, mengetahui waktu badan manusia adalah penting. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Pengambilan Garam Celtic Ketika Bulan Puasa Boleh Jadi BAHAYA & Makin Dahaga Kalau ….
Sumber: Bekam Ar Riffar
