Euforia Bola 2026
40 Minggu

Bayi Kongsi Tarikh Lahir Sama Maryam, Pasangan ‘Durian Kimchi’ Selamat Timang Anak Kedua!

pasangan suami isteri

Pasangan suami isteri popular dari Korea Selatan dan Malaysia yang dikenali sebagai Durian Kimchi atau nama sebenar mereka, Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim selamat menimang cahaya mata kedua. Berita gembira itu telah disampaikan sendiri Ryzal menerusi Instagram miliknya.

Menurut Ryzal, mereka memiliki bayi putera yang selamat dilahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta. Menariknya, bayi seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.

Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!

PASANGAN SUAMI ISTERI ‘DURIAN KIMCHI’ TIMANG ANAK KEDUA

pasangan suami isteri

Gambar: Instagram @ryzalibrhm

Dalam perkongsian itu juga, Ryzal turut meluah rasa syukur dan berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan dari Allah SWT.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992.

“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” tulis Ryzal.

Baca juga: Wanita Ada Sejarah Bersalin Czer 5x, Kini Suami Kedua ‘Demand’ Nak 3 Anak Lagi!

Baca juga: Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!

Sementara itu, perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dari warga maya di ruangan komen.

“Tahniah Maryam dan Ryzal, happy for both of you, Rina finally became a sister now.

“Senang sekali celebrate nanti. Alhamdulillah, tahniah dah sepasang.

“Alhamdulillah, yesss Rina dah jadi kakak.

“Alhamdulillah, tahniah & happy birthday Maryam!

“Alhamdulillah baby & ibu sihat. Congrats Rizal & Maryam. Happy Birthday to you Maryam,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Malah, pasangan itu juga menerima ucapan tahniah atas kelahiran bayi comel mereka dari rakan-rakan selebriti dan influencer tanah air.

Baca juga: 70% Murid Tabika Pra-Tahfiz Seluruh Negara Kuasai Lebih 10 Surah, Pencapaian Memberangsangkan!

Sumber: Instagram @ryzalibrhm

FT Image: Instagram @ryzalibrhm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×