Bulan Ramadan hampir tiba tidak lama lagi dan pengambilan garam celtic sekali lagi menjadi tular kerana dikatakan boleh menghilangkan rasa dahaga.
Walaupun garam celtic kaya dengan pelbagai mineral penting namun penggunaannya perlu dihadkan seperti perkongsian Public Health Malaysia.
Baca juga: Doktor Kongsi Cerita Sebenar Pesakit Hampir Maut Akibat Tersedak Muntah! “Dia Makin Susah Bernafas”
PENGAMBILAN GARAM CELTIC UNTUK HILANGKAN DAHAGA BAHAYA JIKA

Freepik
Penggunaan garam celtic sering dipromosikan sebagai lebih ‘sihat’ kerana ia adalah garam laut yang tidak ditapis, mengandungi lebih banyak mineral seperti magnesium, kalium, dan kalsium berbanding garam biasa.
Walau bagaimanapun, dari segi kesan fisiologi terhadap dehidrasi, garam celtic masih berfungsi sama seperti garam biasa kerana ia masih mengandungi sodium yang tinggi.
Sodium ini masih akan mengakibat kepekatan darah meningkat, menyebabkan air ditarik keluar dari sel dan akhirnya meningkatkan rasa haus.
Otak akan mengesan kepekatan sodium yang meningkat dan menghantar isyarat haus sekali gus menyebabkan anda berasa lebih dahaga pada bulan Ramadan.
Jadi, dinasihatkan supaya penggunaan garam celtic ketika bulan puasa tidak boleh secara berlebihan.
Cara sebenar untuk hilangkan dahaga adalah:
- Minum air secukupnya antara berbuka hingga sahur (6-8 gelas sehari)
- Kurangkan makanan tinggi garam termasuk garam Celtic dalam kuantiti berlebihan.
- Pilih makanan semula jadi tinggi elektrolit seperti pisang, kurma, dan air kelapa untuk membantu keseimbangan cecair.
- Elakkan kafein berlebihan kerana ia juga meningkatkan kehilangan air.
Semoga bermanfaat dan jaga kesihatan diri sebaiknya!
Baca juga: Pesakit Kanser Kongsi Cara Rawat Penyakit Bawa Maut Ini Cara Semula Jadi, InsyaAllah Mujarab…
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
