Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Sambal Asam Rong Guna Biji Getah, Ramai Tak Sangka Boleh Makan!

asam rong

Sambal Asam Rong merupakan salah satu makanan orang dulu-dulu yang popular di negeri Pahang. Di mana, sambal ini kebanyakan mereka akan menggunakan buah perah.

Namun, berbeza pula resipi asam rong dikongsikan oleh Lily Suryani Mohd Ali ini yang dianggap unik kerana menggunakan biji getah. Nak tahu mengapa dan reaksi warga maya, jom baca sampai bawah!

Baca juga: Resipi Makanan Popular Kaum India, Idli & Tose Yang Gebu Dari 1 Adunan SAHAJA!

ASAM RONG SAMBAL BUAH GETAH

asam rong

Gambar: Lily Suryani Mohd Ali

Gulai Asam Rong terkenal sangat di daerah Jerantut dan Raub. Tapi, kali ini saya cuba pula masak Sambal Asam Rong.

Makanan orang dulu-dulu. Resipi ini arwah mak mertua yang ajarkan, sesekali kita kena cuba juga rasa makanan orang dulu-dulu.

Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni hehehe.

Baca juga: Resepi Air Asam Menyengat, Ada Teknik Rahsia Buat Lagi ‘Kick’!

Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

asam rong

Gambar: Lily Suryani Mohd Ali

Bahan-bahan:

  • Biji getah (kutip yang baru gugur)
  • Lada
  • Garam

Cara penyediaan:

gulai asam rong

Gambar: Lily Suryani Mohd Ali

  1. Ketuk biji getah dan buang kulit kerasnya.
  2. Tumbuk lada dan garam di dalam lesung batu sehingga hancur.
  3. Masukkan isi biji getah dan tumbuk sampai hancur.
  4. Kemudian, sapu pada kuali sedikit minyak.
  5. Ratakan bahan yang ditumbuk di atas kuali, bagi nipis macam lempeng.
  6. Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi), tunggu ianya kekuningan dan garing.
  7. Akhir sekali, bolehlah diangkat.

Anda boleh makan sambal asam rong ini bersama nasi atau diratah begitu saja. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Batik Versi Rangup, Geng Yang Tak Suka Tekstur Lembut Mesti ‘Love’ Teruk!

Baca juga: Tips 2 Dalam 1, Goreng Kacang Tanah Tak Hangit & Cara Mudah Kupas Telur Rebus!

Reaksi warga maya yang kebanyakan mereka terkejut!

gulai asam rong

Gambar: Lily Suryani Mohd Ali

Menjengah di ruangan komen, ternyata tidak ramai yang mengetahui bahawa biji getah boleh dimakan.

Selain itu, menggunakan biji getah di dalam sambal rong dianggap unik dan rare. Hal ini kerana, anda boleh kemabukan atau pening kepala selepas makan jika tidak pandai memprosesnya dengan kaedah yang betul.

Menurut warga maya yang menetap di Pahang, kebanyakan mereka menggunakan buah perah.

“Biasanya di Raub, gulai asam rong dibuat dengan buah perah bukan biji getah. Nak prosesnya pun kena pandai, kalau tak…takut mabuk.

“Pernah dengan orang makan. Tapi tak pernah cuba..mungkin selepas ini boleh cuba.

“Saya dulu pernah makan arwah abah saya buat. Kebetulan jiran saya dulu-dulu pun rajin buat sekarang dia pun dah tak ada. Memang sedap tak payah ada lauk lain dah.k

“Ini yang mak saya selalu cerita sebab dulu mak rajin makan bila balik ke Raub, Pahang,” komen para warga maya.

Dan menurut seorang warga maya, pucuk di dalam biji getah harus dibuang untuk mengelakkan rasa pening kepala atau mabuk setelah memakannya.

“Biji getah itu kena buang pucuk di dalamnya, kalau tak akan pening kepala dan kalau tak tahan mabuk pun boleh,” ujarnya.

Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!

Sumber: Lily Suryani Mohd Ali

FT Image: Lily Suryani Mohd Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×