Euforia Bola 2026
Famili

DBKL Buka Tawaran Permohonan Petak Bazar Ramadan & Aidilfitri Hingga 16 Februari, Cepat!

bazar ramadan

Nampaknya, bulan Ramadan yang dinanti seluruh umat Islam di dunia bakal tiba tidak lama lagi. Selain tidak sabar mengumpul pahala berpuasa, kita juga tertunggu-tunggu untuk berkunjung ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri.

Namun, selain menjadi pengunjung, ada atau tidak dalam kalangan anda yang ingin jadi peniaga bazar pula kali ini? Jom mohon seperti di bawah.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

DBKL BUKA SEMULA PERMOHONAN PETAK BAZAR RAMADAN DAN AIDILFITRI

bazar ramadan

Foto: DBKL

Berita baik untuk anda yang berminat dan tinggal di Kuala Lumpur serta Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula tawaran permohonan petak bagi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri bermula Khamis (13 Februari) hingga Ahad ini (16 Februari).

Pihak berkuasa tempatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu dibuka berdasarkan kekosongan yang masih ada dan pemohon boleh memohon secara dalam talian.

Jadi, permohonan adalah secara online melalui kaedah “first come, first serve“. Sila imbas kod QR yang tertera atau layari pautan https://elesen.dbkl.gov.my untuk membuat permohonan.

Dalam pada itu, ujar DBKL, pemohon juga boleh hadir ke kaunter khidmat rundingan yang dibuka di lokasi-lokasi terpilih seperti Bandar Tun Razak, Bukit Bintang, Cheras dan lain-lain tertera di poster yang dimuat naik di laman media sosial serta dalam laman web DI SINI.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan di talian 03-2028 2541 / 2537 / 2538 (waktu pejabat).

bazar ramadan

Foto: DBKL

*Pada 1 Februari lalu, media melaporkan DBKL akan menyediakan kira-kira 3,000 lot tapak bazar Ramadan di kawasan seliaan PBT itu. Selamat berjaya dan selamat berniaga!

Baca juga: Hukum Bermesraan Bersama Pasangan Ketika Bulan Ramadan

Sumber: Harian Metro (foto), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×