Euforia Bola 2026
Asuh

Teknik Mudah Ajar Anak Kayuh Basikal Tanpa Roda Tambahan, 30 Minit Dah Boleh Bawa Sendiri

ajar anak kayuh basikal

Ajar anak kayuh basikal adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna buat ibu bapa serta anak. Ia bukan sekadar mengajar mereka cara mengimbangi tetapi boleh meningkatkan keyakinan juga.

Dengan menggunakan pendekatan yang betul dan sokongan penuh, anak anda pasti dapat menguasai kemahiran ini dengan mudah. Ikuti cara ajar anak kayuh basikal seperti di bawah ini.

Baca juga: Wanita Berang Kereta Kena Langgar, Terus Tolak Kepala Pakcik Sampai Kopiah Tercampak!

CARA AJAR ANAK KAYUH BASIKAL 2 TAYAR, 30 MINIT DAH BERJAYA

AJAR ANAK KAYUH BASIKAL

Menerusi perkongsian pengguna TikTok bernama Afifah, dia ada kongsikan satu trik menarik di mana ibu bapa di luar sana boleh mencubanya.

Video berdurasi kurang satu minit itu memaparkan teknik ajar anak kayuh basikal yang hanya mengambil dalam masa 30 minit sahaja.

Cara ajar anak kayuh basikal tersebut hanya menggunakan satu alatan iaitu tuala atau sebarang kain yang perlu dililit di bahagian dada anak.

Kemudian, anda perlu memegang kain tersebut dan mengikut pergerakan anak ketika mengayuh basikal untuk memastikan dia tidak terjatuh.

Setelah beberapa lama mengawasi anak dengan cara berikut, ayah boleh melepaskan kain tersebut untuk anak belajar mengayuh sendirian.

Cara ajar anak kayuh basikal ini merupakan teknik paling mudah yang boleh dicuba oleh ibu bapa di luar sana. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda mencubanya di kawasan lebih selamat seperti di atas padang untuk mengelakkan sebarang kecederaan serius.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Tadika Caj RM1 Seminit Kalau Lewat Ambil Anak Pada Bulan Puasa, ‘Last’ Waktu Hanya 5.45 Petang

Sumber: TikTok Afifah ml

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×