Euforia Bola 2026
40 Minggu

Siapa Paling Berisiko SIDS (Bayi Mati Mengejut), Alert Dengan 7 Senarai Ini Dan Sila Take Note!

kematian mengejut

Kematian mengejut merupakan perkara yang tidak diinginkan berlaku oleh ibu bapa, terutamanya kepada bayi mereka yang baru dilahirkan. Malangnya, sindrom kematian bayi mengejut atau sudden infant death syndrome (SIDS) ini boleh berlaku kepada si kecil anda.

Hal ini kerana, SIDS adalah kondisi kematian bayi yang tidak diketahui puncanya ketika bayi tersebut berumur kurang daripada setahun. Sindrom ini kerap dan banyak meragut nyawa bayi ketika mereka sedang tidur di tempat tidur mereka.

Baca juga: Ibu Bapa Arwah Muhammad Al Fateh Yang Maut Di Taska, Dapat ‘Free’ IVF Daripada Tunku Azizah!

KEMATIAN MENGEJUT BAYI

kematian mengejut

Gambar: Freepik

Walaupun masih tidak dapat dipastikan punca utama sindrom ini berlaku, para pengkaji telah menemui sindrom ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kondisi otak bayi yang tidak normal.

Ini kemudiannya akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas atau arousal ketika tidur.

Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!

SIAPA PALING BERISIKO SIDS

Pastinya ramai ibu bapa ingin mengetahui apakah kriteria bayi yang berisiko mengalami SIDS. Menurut kajian, bayi  yang berisiko mengalami kematian mengejut tanpa sebarang tanda termasuklah:

1. Bayi pramatang atau berat semasa dilahirkan rendah

Bayi pramatang atau kelahiran berganda juga merupakan antara punca utama berlakunya SIDS. Ini turut menyebabkan bayi yang kurang berat badan untuk mengawal proses automatik iaitu pernafasan dan degupan jantung.

Disebabkan ini, bayi tersebut malangnya akan meninggal dunia akibat SIDS.

2. Bayi yang selalu terdedah kepada asap rokok

Bayi yang terpaksa tinggal bersama perokok berisiko tinggi menghidap SIDS. Jangan biarkan sesiapa merokok di dalam bilik yang sama dengan anda sama ada sebelum dan selepas kelahiran.

Sekiranya anda juga mempunyai tabiat merokok, sebaiknya hentikan aktiviti yang tidak menyihatkan itu.

3. Ibu bayi seorang perokok, peminum dan ambil dadah

Semasa tempoh kehamilan dan selepas kelahiran ibu bayi itu merokok, menggunakan dadah dan minum alkohol, mereka lebih berisiko kehilangan bayi akibat serangan SIDS.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

Baca juga: Ibu Berpantang Boleh Cuba 14 Jenis Minuman Ini, Jangan Terkejut Susu Badan Melimpah-Ruah!

4. Ibu bayi mempunyai penjagaan pranatal yang lemah.

Tidak cukup penjagaan pranatal, lebih berisiko untuk anda kehilangan bayi akibat serangan SIDS.

5. Terdapat sejarah keluarga SIDS

Sekiranya ada adik-beradik, sepupu dan lain-lain yang kematian anak akibat SIDS, anda mungkin juga akan mengalaminya.

6. Ibu bayi berumur di bawah 20 tahun

Semasa tempoh kehamilan, sekiranya ibu yang hamil itu berumur kurang 20 tahun, anda lebih berisiko kehilangan bayi akibat serangan SIDS.

7. Bayi terdedah kepada cuaca atau persekitaran terlalu panas

Bayi terlalu hangat ketika tidur boleh meningkatkan risiko bayi mengalami SIDS. Suhu bilik 16 hingga 20 darjah selsius sudah memadai untuk bayi rasa selesa.

Baca juga: Ibu Jangan Dibiarkan Sahaja Diri Dikritik Ibu Lain! Ini 6 Cara Atasi ‘Mom Shaming’

Sumber: The Asian Parent / Hello Doktor

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×