Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Cheesecake Viral Coklat Leleh Macam Di Istanbul, Manis Berlemak Pastinya Kegemaran Ramai

resepi cheesecake

Hari ini penulis ingin kongsikan resepi cheesecake coklat leleh ala-ala di Istanbul dan ia merupakan hidangan popular di sana kerana rasanya yang enak selain berlemak.

Tidak perlu ‘terbang’ jauh-jauh kerana anda sebenarnya boleh membuat sendiri menggunakan resipi perkongsian di bawah ini. Jom cuba!

Baca juga: Bukan Hanya Laksa Kedah, Ini 8 Jenis Lagi Laksa Popular Di Malaysia. Yang Mana Paling Sedap?

RESEPI CHEESECAKE COKLAT LELEH ALA-ALA DI ISTANBUL

RESEPI CHEESECAKE

Bahan-bahan resepi cheesecake coklat leleh:

  • 600gram cream cheese
  • 400ml whipping cream
  • 4 biji telur grad A
  • 175gram gula pasir
  • 25gram tepung jagung

Cara penyediaan:

1. Masukkan cream cheese ke dalam bekas dan lenyek sehingga hancur.

2. Seterusnya masukkan gula pasir sedikit demi sedikit.

3. Kacau sebati dan masukkan telur satu per satu sambil mengacau adunan.

4. Masukkan tepung jagung dan whipping cream sedikit demi sedikit.

5. Kemudian sebatikan. Setelah itu, sapukan loyang dengan sedikit butter atau marjerin.

6. Lapik loyang dengan baking paper sebanyak 2 helai.

7. Tuang adunan sehingga penuh permukaan loyang.

8. Selanjutnya, bakar dengan menggunakan suhu 180ºC atau 200ºC selama 50 minit.

9. Setelah siap, sejukkan pada suhu bilik sebelum dimakan atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.

Akhir sekali, potong kek dan letak secara menyerong di atas pinggan. Tuangkan sos coklat kegemaran anda, sedia untuk dinikmati.

Mudah sahajakan resepi cheesecake coklat leleh ala-ala di Istanbul? Selamat mencuba!

Baca juga: Teknik Betul Celur Bihun, Mi Kuning & Kuetiau, Barulah Masakan Tak Terlajak Lembik

Sumber: TikTok Tok Daddy Choccake

Kredit imej: Freepik & Halal Xplorer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×