Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Ini Pilih Hantar Anak Sekolah Antarabangsa Sebab, “Sekolah Kebangsaan Banyak Sangat Cuti…”

sekolah antarabangsa

Umum mengetahui, sekolah antarabangsa dan sekolah kerajaan masing-masing mempunyai kelebihan serta cabaran tersendiri seperti waktu cuti yang berbeza.

Sekolah kerajaan menawarkan pendidikan yang lebih berpatutan selain kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekolah antabangsa pula sering dikaitkan dengan kemudahan yang lebih moden, saiz kelas lebih kecil, dan pendekatan pembelajaran lebih fleksibel.

Baca juga: Wanita Berang Kereta Kena Langgar, Terus Tolak Kepala Pakcik Sampai Kopiah Tercampak!

PILIH HANTAR ANAK SEKOLAH ANTARABANGSA, INI SEBABNYA

SEKOLAH ANTARABANGSA

Freepik

Perbezaan ini telah menyebabkan seorang ibu bertindak memilih menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa kerana dikatakan sekolah kerajaan lebih banyak cuti.

“Saya hantar anak sekolah antarabangsa bukan sebab berduit pun, marhaen juga tapi memikirkan sekolah kebangsaan asyik cuti sahaja. Kita pula dua-dua bekerja, jadi susah la nak letak dekat mana-mana. Lain la kalau boleh kerja dari rumah tapi tak boleh. 

“Dulu selalu tengok kawan-kawan hantar anak dekat sekolah antarabangsa, dalam hati duit banyak tak apa la. Bila dah jadi ibu bapa baru faham kenapa. Sekolah swasta dan antarabangsa boleh hantar dari pagi sampai petang. Tak perlu risau van ke apa dan tak terkejar nak ambil anak,” jelasnya.

Katanya, keputusan itu dibuat demi ketenangan diri sendiri sewaktu berada di tempat kerja. Dia tidak perlu bergegas ke sekolah anak untuk menghantar ke rumah.

Jelasnya juga, pemilihan ini dibuat kerana ingin menghantar anak ke sekolah dari pagi hingga ke petang untuk memudahkan sebarang urusan harian.

Perkongsian ibu tersebut pastinya dibanjiri komen warganet yang turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Namun ada juga segelintir menganggap itu adalah tindakan yang tidak wajar.

“Saya lebih memilih untuk ambil dan hantar sendiri anak saya ke sekolah. Kalau nak cakap pasal cuti, tak akan nak biarkan mereka belajar 24 jam. Ibu ayah pun kena faham kondisi anak juga” komen pengguna TikTok.

Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional

Sumber: TikTok Shalalin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×