Euforia Bola 2026
Asuh

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Top 1 SPM 2023, Guna Aplikasi Pandai Memang Membantu!

MAAHAD TAHFIZ

Keputusan SPM 2023 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil sebanyak 93.5% sekali gus telah menjadikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang berada di tangga pertama untuk sekolah terbaik keputusan SPM.

Baca juga: Senarai Perbezaan Program Lepasan SPM, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Adik-Adik?

MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG TOP 1, PAKAI APLIKASI PANDAI

MAAHAD TAHFIZ

Pelajar SPM Maahad Tahfiz Negeri Pahang berjaya ditangga teratas disebabkan pelaksanaan projek daripada pihak Pandai yang telah bekerjasama dengan Yayasan Pahang dalam projek Pandai Scholarship Sponsored by Yayasan Pahang.

Ini bertujuan untuk memberi tajaan biasiswa pembelajaran dengan menggunakan Pandai Premium selama 5 bulan kepada 115 orang pelajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan 56 daripada mereka adalah calon SPM 2023.

Laporan keseluruhan mendapati pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang ditaja aktif dalam menggunakan aplikasi Pandai. Secara purata, kadar aktiviti mereka lebih tinggi dengan pengguna aplikasi Pandai lain di seluruh negara.

Secara keseluruhan tahun ini, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menjawab lebih kurang 67,000 soalan, hampir 13,000 kuiz, hampir 14,000 bahan bantuan pelajaran flashcard dan telah menyertai lebih dari 60 Live Tuition.

Selain itu, pihak Pandai kini sedang dalam perbincangan untuk melancarkan MTNP 2.0 dan komited untuk terus menyediakan solusi pendidikan terbaik buat semua. Pandai mempunyai matlamat yang teguh untuk membantu dan memberi kuasa kepada pelajar mencapai potensi tertinggi mereka dalam pendidikan.

Pihak Pandai ingin merakamkan jutaan tahniah kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan semua yang terlibat dalam kejayaan luar biasa ini.

Pencapaian yang baik ini telah menetapkan suatu penanda aras baru, dan Pandai amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Bersama-sama, kita akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store. Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga iaitu pandaiofficial.

Semoga bermanfaat buat anda semua!

Baca juga: Tak Ada Faedah Bila Takutkan Anak Dengan Hantu, Nampak Kelakar Tapi Banyak Kesan Negatif

Sumber: Pandai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×