Seorang pengguna di media sosial memuat naik satu notis mengenai waktu operasi tadika ketika bulan Ramadan namun hal lain yang mencuri perhatian.
Seperti mana kita tahu, rata-rata syarikat di Malaysia akan membenarkan pekerja untuk pulang lebih awal pada bulan puasa tetapi tidak semua orang bernasib baik.
Baca juga: Ibu Dakwa Anak Istimewa Kena Dera Di Taska? Bila Tanya Cikgu Jawab Jatuh Gelongsor!
WAKTU OPERASI TADIKA TAK WAJAR PADA BULAN RAMADAN

Menerusi perkongsian itu dapat dilihat waktu operasi tadika bermula 7.30 pagi pada bulan biasa dan bulan Ramadan. Namun ibu bapa perlu ambil anak mereka lebih awal iaitu jam 5.45 petang ketika bulan puasa berbanding waktu biasa iaitu jam 6.30 petang.
Tertulis di notis itu juga, sekiranya ibu bapa mengambil anak mereka melebihi jam 5.45 petang, kadar biasa caj lebih masa (OT) akan dikenakan sebanyak RM1.00 setiap satu minit.
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang masing-masing dengan pendapat mereka. Ada yang bersetuju dengan notis waktu operasi tadika tersebut dan sebaliknya.
Ibu bapa yang tidak berpeluang untuk pulang awal ketika bulan Ramadan pastinya akan keberatan dengan caj yang dikenakan jika melebihi waktu operasi tadika tersebut.
Berbeza pula dengan ibu bapa yang diberikan kelonggaran untuk pulang awal, mereka berpendapat bahawa caj tersebut adalah wajar kerana guru tersebut perlu bekerja lebih waktu.
“Sebagai orang yang pernah kerja di beberapa tadika, mungkin RM1/minit tu sebab waktu pekerja untuk cikgu agak panjang dari 730-630. Budak yang datang 730 tapi cikgu datang lagi awal dan pihak pengurusan tak bayar OT untuk cikgu.
“Cikgu cuma dapat duit dari ibu bapa yang bayar caj lewat sahaja. Saya pernah masuk 7 pagi balik jam 7 petang tapi dapat RM1 sahaja caj lewat sebab dah dibahagi dengan 4 cikgu yang lain,” komen pengguna media sosial.
Jadi, wajar atau tidak caj tersebut dikenakan ketika waktu operasi tadika pada bulan Ramadan?
Baca juga: Sempena Thaipusam – Perkhidmatan KTM 24 Jam & Tambang Percuma Untuk 10 & 11 Februari
Sumber: Thread IkhaFarhah
Kredit gambar: Freepik
