Menyembur minyak wangi sebagai elemen terakhir mencantikkan diri ketika bersiap untuk keluar merupakan kebiasaan dalam kalangan wanita. Biasalah, bila keluar dalam cuaca panas Malaysia selain menjaga kulit dari terkena sinaran UV, kena juga jaga bau badan supaya sentiasa harum.
Namun, dalam Islam terdapat hukum jika wanita memakai wangi-wangian secara berlebihan ketika keluar terutamanya apabila di khalayak jantina berbeza.
Baca juga: Baca Doa ‘Power’ Nabi Musa Ini Ketika Pergi Temu Duga Kerja , InsyaAllah Hilang Gugup & Diterima!
WANITA PAKAI MINYAK WANGI BERLEBIHAN UMPAMA BERZINA- USTAZ AZHAR IDRUS

Foto: Freepik
Menerusi video dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali UAI memberi penjelasan mengenai hukum seorang perempuan memakai minyak wangi di khalayak ramai.
Jelasnya, golongan wanita tidak boleh memakai minyak wangi sehingga ia boleh dihidu oleh orang di sekelilingnya kerana hukumnya adalah HARAM. Malah, beliau turut memetik kata-kata Nabi Muhammad SAW di mana wanita yang memakai bauan sehingga dapat dihidu oleh orang lain adalah seumpama penzina.
Penceramah selebriti itu turut memberitahu bahawa kaum hawa hanya diizinkan untuk memakai haruman yang boleh dibau oleh dirinya atau suami sahaja jika mahu memakainya secara berlebihan.
“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.
“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” jelas beliau.
Memetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina- Riwayat Abu Daud (4173) & Al-Nasa’ie (5126).
Dalam pada itu, al-Imam al-Munawi Rahimahullah juga menyebutkan:

Foto: Mufti WP
Maksudnya: Dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina.
JADI, WANITA BOLEH PAKAI WANGI-WANGIAN ATAU TAK?
Sangat penting untuk semua wanita faham bahawa HARAM dalam memakain wangian ini adalah secara berlebihan dan jika boleh menarik perhatian kaum lelaki. Namun, kalau sekadar untuk menghilangkan bau badan dan tidak ‘over’ semburannya, masih boleh.
Antaranya dengan memakai deodorant, bedak talkum, sabun, losyen dan sebagainya. Ini kerana ia tidak termasuk dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.
Nabi SAW telah bersabda:
إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ
Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya- Riwayat Al-Tirmizi (2788).
*Jadi, bukan sahaja anda selamat dari melakukan perbuatan haram malah poket pun jimat kerana minyak wangi tidak cepat habis!
Baca juga: Meremang! Ini Ciri-Ciri Orang Yang ‘Dihantui’ Saka, Tanda Nombor 8 Mungkin Ramai Yang Ada!
Sumber: Freepik (foto), Mufti Wilayah Persekutuan
