Zaman sekarang ini, pelbagai benda boleh dibuat sendiri di rumah. Ia termasuklah idea kreatif menghasilkan sabun pencuci pinggan dari buah limau kasturi. Menarik bukan?
Menghasilkan sendiri agen pembersih pinggan ini dapat menjimatkan, terutama kepada para peniaga di sektor makanan. Hal ini kerana, kuantiti perkakas dapur yang perlu dibersihkan adalah banyak sehingga membuatkan ia selalu cepat habis.
Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!
SABUN PENCUCI PINGGAN LIMAU KASTURI

Gambar: Mainim Saikun
Nak tahu lanjut proses pembuatannya yang mudah, jom lihat tutorial sabun pencuci pinggan yang mampu menghasilkan 12 liter seperti dikongsikan Mainim Saikun.
Bahan-bahan:
- 1 kilo sodium lauryl ethe sulfate (N70)
- 1 kilo limau kasturi
- 10 liter air
- 1 kilo garam halus
- Pewarna makanan
Baca juga: Cara Halau Semut & Lipas Sampai ‘Lenyap’ Terus Dari Dalam Rumah, Guna Ubat Gigi Je!
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Pantas Buat Bara, Lepas Kira 1 2 3 Terus Menyala Api Dah Boleh BBQ!
Cara membuat sabun pencuci pinggan limau kasturi:
- Rebus limau kasturi bersama biji dan kulit.
- Kemudian kisar sekali dan ambil jusnya.
- Sementara itu, gaul garam dan sodium sehingga sebati.
- Tuangkan 10 liter air, jus limau dan pewarna makanan ke dalam larutan garam dan sodium tadi.
- Gaul sehingga tiada ketulan.
- Biarkan sekurang-kurangnya semalaman sebelum digunakan.
Baca juga: Suri Rumah Dedah Pencuci Mangkuk Tandas ‘Power’, Biar 5 Minit & Tak Perlu Berus… Berkilat!
Sumber: Mainim Saikun
Ft Image: Mainim Saikun / Google
