Euforia Bola 2026
Nur

Baca Doa Israk Mikraj Pada Malam 27 Rejab Hari Ini, InsyaAllah Dimakbulkan OlehNya…

DOA ISRAK MIKRAJ

Doa Israk Mikraj boleh dibaca sepanjang malam pada 27 Rejab dalam kalendar Hijrah iaitu hari ini (Isnin) bermula selepas waktu Maghrib hingga sebelum masuk Subuh pada hari tersebut.

Waktu ini dianggap mustajab untuk berdoa kerana ia adalah malam yang penuh keberkatan, memperingati peristiwa besar perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.

Baca juga: Adab Makan Sambil Bercakap Sebenarnya Sunnah? Ini Penjelasan Ustaz…

DOA ISRAK MIKRAJ BOLEH DIBACA PADA MALAM 27 REJAB

DOA ISRAK MIKRAJ

Kredit: Freepik

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِمُشَاهَدَةِ أَسْرَارِ الْمُحِبِّينَ، وَبِالْخَلْوَةِ الَّتِي خَصَّصْتَ بِهَا سَيِّدَ الْمُرْسَلِيْنَ حِيْنَ أَسْرَيْتَ بِهِ لَيْلَةَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِيْنَ أَنْ تَرْحَمَ قَلْبِيَ الْحَزِيْنَ وَتُجِيْبَ دَعْوَتِيْ يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِيْنَ

Allahumma inni as’aluka bi musyahadati asraril muhibbin, wa bil khalwatil lati khashshashta biha sayyidal mursalin hina asrayta bihi lailatas sâbii wal ‘isyrin an tarhama galbiyal hazina wa tujiba da ‘wati ya akramal akramin.

Maksudnya: “Ya Allah, dengan keagungan menampakkan rahsia para pencinta, dan dengan kemuliaan khalwat (kesendirian) yang hanya Engkau sediakan untuk pimpinan para rasul, ketika Engkau melaksanakannya pada malam hari. Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar mengasihani hatiku yang sedih dan mengabulkan doaku, wahai Yang Maha Esa Maha Penyayang.”

doa israk mikraj​

Selain itu ada juga boleh membaca doa seperti perkongsian di bawah ini:

“Ya Allah dengan keberkatan malam israk mikraj, dengan keberkatan jutaan orang yang sedang menadahkan tangan kepada engkau, malam ini engkau menghiburkan hati Baginda Rasulullah di dalam kesedihan berikan kegembiraan kepada kami ya Allah, hiburkan hati kami setelah mana ujian demi ujian yang engkau berikan kepada kami.

“Kami percaya ya Allah seperti engkau menyatakan di dalam al Quran “in nama al usri yusra” sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan. Limpahkan kurnia kepada kami ya Allah, luaskan rezeki kami, berikan sesuatu yang terbaik kepada kami ya Allah.

“Ya Allah kami mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini berlaku kepada kekasih engkau Muhammad SAW, golongkan kami dalam golongan as siddiqin. Tetapkanlah iman ini di dalam diri kami dan keluarga kami. Ya Allah redalah dengan kami dan seluruh perbuatan kami.”

Anda juga boleh memanfaatkan waktu ini dengan melakukan ibadah lain seperti solat sunat, membaca al-Quran, dan berzikir.

Baca juga: Empat Jenis Mandi Wajib Perempuan Kena Ambil Tahu & Berserta Niat Dalam Rumi

Sumber: Ustaz Lah & Heliza Helmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×