Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan dan ingin membeli krim gatal di farmasi berhampiran, boleh ikut beberapa cadangan di bawah ini.
Walau bagaimanapun, sekiranya masalah kegatalan terlalu teruk pastikan anda mendapatkan nasihat doktor supaya tidak mendatangkan bahaya.
Baca juga: Doktor Kongsi Tips Persediaan Pesakit Dialisis Pergi Umrah, Salah Langkah Boleh Ragut Nyawa!
7 JENIS KRIM GATAL BOLEH DIBELI DI FARMASI BERHAMPIRAN
1. Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream

Melegakan kegatalan, kulit kering dan masalah ekzema. Selamat digunakan untuk bayi.
2. Creobic Antifungal Cream

Krim gatal ini dapat melembapkan kulit selain sesuai digunakan bagi pesakit yang mempunyai masalah kulit sensitif atau kering.
3. Krim gatal – Econazine

Seterusnya, Econazine berfungsi untuk menganggu pembentukan membran sel kulat dan menghalang pembiakan kulat pada permukaan kulit.
4. Hurix Itchy Cream

Krim gatal selanjutnya adalah Hurix Itchy Cream yang berfungsi sebagai antiradang serta pelembap. Krim ini sangat berkesan bagi mengatasi masalah kulit seperti kekeringan, gatal-gatal dan ruam.
5. Krim gatal – Ceradan Skin Barrier Repair Cream

Bagi mengurangkan simptom kulit kering seperti kemerahan, mengelupas dan kegatalan, anda boleh menggunakan Ceradan Skin Barrier Repair Cream.
6. Nixoderm

Krim gatal keenam yang boleh dibeli di farmasi berhampiran adalah Nixoderm yang berfungsi sebagai antiradang dan antiseptik selain mengatasi jerawat pada kulit.
7. Tinea-Kare Anti Fungal Cream

Krim gatal yang terakhir boleh dibeli di farmasi adalah Tinea-Kare Anti Fungal Cream di mana berfungsi untuk merawat jangkitan kulat, memberikan kelegaan dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit.
Itu sahaja perkongsian 7 jenis krim gatal yang boleh dibeli di farmasi berhampiran anda. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Turunkan Kencing Manis & Darah Tinggi Guna 2 Bahan, Sakit Saraf Pun Boleh Lega Sekali!
Sumber: Facebook Senok Duniawi
