Figura yang menjadi bualan ramai serta membanggakan rakyat Malaysia di persada perfileman antarabangsa sudah semestinya Dato’ Tan Sri Michelle Yeoh. Dilihat berjaya dalam industri perfileman Hollywood, beliau juga menyimpan satu impian lain yang turut menjadi impian setiap wanita yang sudah berkahwin iaitu untuk menjadi ibu kepada zuriat sendiri.
Namun, beliau TERPAKSA menerima hakikat kerana tidak mampu hamil merupakan perkara paling menyedihkan buat pelakon Tan Sri Michelle Yeoh…
Baca juga: Suami Tuntut Cerai Selepas Isteri Lahirkan Bayi Berkulit Gelap, Ragu-Ragu Itu Bukan Anaknya!
DATO’ TAN SRI MICHELLE YEOH PERNAH RASA ‘GAGAL’ SEBAB TAK DAPAT ANAK

Perkahwinan bersama Dickson Poon.
Memetik laporan The Times dan sesi temu bual dalam radio BBC, Michelle Yeoh yang kini berusia 62 tahun menyedari masalah kesihatan itu selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan Dickson Poon pada tahun 1988.
Meskipun perkahwinan mereka tidak bertahan lama, Michelle berkata sehingga kini dia masih lagi bergelar ibu angkat kepada enam orang anak Poon.
“Mungkin ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri. Namun apa yang bermakna saya memiliki enam anak angkat dan anak saudara yang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Michelle mengakui kesukaran mendapatkan zuriat menjadi antara punca rumah tangganya bersama Poon gagal pada tahun 1992. Tiada penyesalan, Michelle sebaliknya akur dengan takdir dan yakin mereka sudah pun melakukan yang terbaik sepanjang perkahwinan.
“Saya tak mahu hubungan kami menjadi teruk selepas 10 tahun, sebab itu saya perlu belajar untuk melepaskan dan teruskan kehidupan.
“Saya tidak hidup dalam penyesalan kerana sudah memberikan 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun mungkin ia tidak mencukupi,” ujarnya.

Kini bersama Jean Todt
Bintang Hollywood itu kini sudah berkahwin buat kali kedua bersama usahawan Jean Todt pada Julai tahun lalu selepas hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta. Malah, Michelle juga tidak lagi mempersoalkan tentang zuriat dan menerima takdir bahawa dirinya tidak dikurniakan rezeki dari sudut tersebut.
@bbc Michelle Yeoh: ‘At some point you stop blaming yourself’ Oscar-winning actor Michelle Yeoh has said that she felt ‘like such a failure’ when she was unable to have children. Speaking to Nuala McGovern on Woman’s Hour, Michelle said she had always wanted to have a family and blamed herself when her fertility treatment wasn’t successful. She also said that it was a major factor in the break-up of her first marriage. Now aged 62, Michelle said she still thinks about it, but that at some point she stopped blaming herself and accepted that she had to ‘let it go’. #WomansHour #MichelleYeoh #Fertility ♬ original sound – BBC
Baca juga: Janna Nick Menangis, Terkilan Suami Dituduh Banyak ‘Hormon Perempuan’ Jadi Punca Lambat Dapat Anak
Sumber: BBC
