Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Pancake Pandan Gebu Bersama Inti Kastard, Rasa Berlemak Buat Lagi Ketagih!

RESEPI PANCAKE PANDAN GEBU

Sekiranya anda penggemar pancake, kena cuba resepi pancake pandan gebu perkongsian di bawah ini. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmatinya bersama kastard pandan yang berlemak dan harum semerbak.

Resepi pancake pandan gebu bersama kastard ini sesuai dijadikan hidangan ketika sarapan atau minum petang bersama insan tersayang. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Puding Susu Gula Melaka Lembut ‘Menggedik’, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

RESEPI PANCAKE PANDAN GEBU BERSAMA KASTARD BERLEMAK

RESEPI PANCAKE PANDAN GEBU

Bahan-bahan adunan pancake pandan:

Cara penyediaan pancake pandan gebu:

1. Pukul telur dan gula sehingga berbuih.

2. Kemudian, campurkan santan, heavy cream, susu pekat dan jus pandan.

3. Gaul rata dan masukkan tepung serta yis.

4. Gaul adunan dan rehatkan selama 15 minit.

5. Setelah 15 minit, panaskan kuali dengan sedikit minyak.

6. Tuangkan adunan dan biarkan sehingga pancake berbuih kecil.

7. Setelah kedua-dua belah pancake masak, boleh letakkan kastard di atas sekeping pancake dan tutup dengan sekeping pancake yang lain.

Bahan-bahan kastard berlemak:

– Campurkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk tahan panas.

– Masak menggunakan kaedah double boil dan kacau hingga pekat (10-15 minit).

– Setelah pekat, biarkan kastard sehingga sejuk.

Resepi pancake pandan gebu dan kastard berlemak sudah pastinya mampu membuatkan anda ketagih. Sekali cuba, nak lagi!

Baca juga: Resepi Karipap Kambing Black Pepper Kesukaan Ramai, Inti Pedas Berlemak Memang ‘Ngam’!

Sumber: 2days Delights 

Beli Bahan-Bahan murah di Shopee atau Lazada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×