Euforia Bola 2026
Famili

Geran Tanah Hilang? Ini 12 Dokumen Anda Perlu Sediakan Untuk Lancarkan Proses Mohon Semula

geran tanah

Geran hak milikan tanah atau geran tanah merupakan dokumen yang dikeluarkan untuk mengesahkan pemilikan seseorang individu ke atas satu-satu tanah. Namun, disebabkan atas kes-kes yang tidak dapat diduga seperti banjir atau kebakaran, geran tanah hilang berkemungkinan berlaku. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Oleh sebab itulah, penjagaan geran ini adalah sangat penting kerana ini dijadikan sebagai bukti dalam pelbagai urusan terutamanya semasa penukaran milik.

Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji

GERAN TANAH HILANG, APA NAK KENA BUAT?

geran tanah

Menurut portal Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, permohonan Hakmilik Hilang merujuk pada situasi geran tanah yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan telah hilang daripada simpanan mereka sama ada disebabkan kecurian atau kecuaian (miss place).

Permohonan hak milik tanah yang hilang terbahagi kepada dua iaitu Hak Milik Sementara (HS(D)) dan Hak Milik Kekal (GRN dan PN). Difahamkan, tempoh masa yang diperlukan untuk penggantian geran tanah yang hilang adalah tiga bulan untuk penggantian hak milikan tanah sementara (HS(D)), manakala enam bulan untuk hak milikan tanah kekal (GRN dan PN).

Berikut adalah 12 senarai dokumen yang diperlukan mengikut pecahan bagi permohonan individu:

1.Salinan asal laporan polis (disahkan oleh balai polis berkenaan) dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap di dalam laporan polis.

2.Salinan kad pengenalan pengadu laporan polis.

3.Surat akuan sumpah pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan (RM10.00).

4.Salinan kad pengenalan pemilik / pemilik-pemilik Bersama.

5.Sijil carian rasmi (tempoh sah laku 2 minggu).

6.Salinan sijil kematian / salinan will @ wasiat & surat akuan sumpah waris yang disetemkan (RM10.00) sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia

7.Salinan resit cukai tanah dan cukai taksiran terkini yang telah dibayar.

8.Surat akuan sumpah dari pihak-pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan salinan kad pengenalannya serta disetemkan (RM10.00)

9.Surat kebenaran dari pemilik kepada wakil serta surat akuan sumpah wakil dan disetemkan (RM10.00) serta kad pengenalan

10.Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.

11.Bayaran permohonan proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) atau RM 440.00 (Hakmilik Kekal).

12.Sila bawa kad pengenalan penyerah dokumen semasa membuat perserahan dan perserahan melalui proses biometrik.

geran tanah

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: 6 Adat Melayu Dikatakan Bertentangan Dengan Islam Tapi Masih Diamalkan

Sumber: Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×